Untuk semua ini, beliau hadir ke mahkamah pada jam 1.50 petang tadi dengan ditemani kira-kira 100 orang penyokong setia yang kesemua mereka berhimpun di luar pagar perkarangan mahkamah.
Apa yang menariknya, pihak polis mendakwa mendapat arahan terus dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk menyekat semua para penyokong Datuk Seri Mohd Najib dari memasuki perkarangan mahkamah.
Hal ini telah menimbulkan rasa kurang puas hati di kalangan para penyokong Datuk Seri Mohd Najib sehingga ianya telah menimbulkan sedikit ketegangan yang mana pihak polis masih berkeras enggan membenarkan para penyokong ini memasuki perkarangan mahkamah.
Sehinggakan pada satu tahap, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga kerana di bimbangi mungkin bakal berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Mujur para penyokong ini masih waras dan tidak melakukan sesuatu yang diluar jangkaan.
Tidak lama kemudian, wakil pihak polis mendakwa, pihak pengurusan Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pula didakwa mengeluarkan arahan supaya para penyokong ini tidak memasuki perkarangan mahkamah.
Kenyataan ini nyata menimbulkan kemarahan para penyokong yang hairan, pihak mana yang sebenarnya mengeluarkan arahan untuk melarang mereka masuk ke perkarangan mahkamah. Sekejap pihak polis mendakwa Ketua Polis Negara mengeluarkan arahan. Selepas diasak, pihak polis berkenaan mendakwa pihak mahkamah pula menghalang tanpa mengemukakan apa-apa perintah khas mahkamah.
Namun, ketika keadaan dilihat semakin tegang, mujurlah keadaan berjaya dikawal apabila akhirnya pihak polis mula beralah dengan mengizinkan para penyokong ini memasuki perkarangan mahkamah dengan dua syarat. Syarat pertama, dilarang membuat bising dan kekecohan dan syarat kedua, tiada sebarang banner mahupun banting direntang di dalam perkarangan mahkamah.
Apa yang melucukan, ketika pintu pagar utama mahkamah dibuka, seorang penyokong Datuk Seri Mohd Najib melaungkan, "kami penyokong yang berdisiplin, bukannya seperti BERSIH yang suka membuat kecoh dan menyusahkan orang". Laungan ini hanya disambut senyuman leh majoriti anggota polis yang berkawal di pagar mahkamah sebentar tadi.
Keadaan ini sekaligus menepis beberapa laporan yang tidak bertanggungjawab yang mendakwa, para penyokong Datuk Seri Mohd Najib telah bertindak merempuh hadangan pihak polis. Hakikat sebenarnya, walaupun keadaan agak tegang, namun mereka masih mampu berfikir dengan waras dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
0 comments:
Post a Comment