My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 September 2018

    Sudah Nasib Saya Di Dakwa, Ada Orang Itu Pendakwaan Pun Boleh Digugurkan - DS Najib



    Kira-kira jam 5.20 petang tadi, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di bebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM 3.5 juta dengan dua orang penjamin, masing-masing seorang untuk empat pertuduhan melibatkan SPRM dan seorang lagi melibatkan 21 pertuduhan melibatkan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA).

    Apa yang boleh dirangkumkan adalah, pendakwaan ini sebenarnya hanyalah berkisar kepada isu derma RM 2.6 bilion yang beliau terima pada tahun 2012 daripada keluarga DiRaja Arab Saudi. Hal ini sudah diterangkan berulang kali termasuklah satu kenyataan SPRM yang mengesahkan wang berkenaan adalah hasil daripada sumbangan keluarga Di Raja berkenaan.

    Namun, entah apa yang tidak kena, beliau masih lagi disabitkan dengan pertuduhan tanpa bukti dan tanpa kertas pertuduhan yang lengkap dari pihak pendakwaan. Beliau masih lagi dikaitkan dengan kes ini walaupun pihak Arab Saudi telah mengeluarkan dua kenyataan media dalam tempoh sebulan bagi mengesahkan derma ini memang wujud.

    Dalam sidang medianya, selepas beliau dibebaskan oleh mahkamah, beliau berkata, kes ini sebenarnya agak rumit dan mungkin akan mengelirukan ramai pihak. Ianya membabitkan 3 fasa pertuduhan iaitu menerima sumbangan dana asing, menggunakan dana berkenaan dan memulangkan wang berkenaan kepada pihak penderma.

    Bagi fasa satu, beliau dituduh menerima RM 2.6 bilion yang dimasukkan kedalam akaun peribadi milik beliau di Ambank (M) Berhad yang didakwa oleh kerajaan dan agensi terlibat sebagai salah guna kuasa. Malah, terdapat cubaan dari pihak pendakwaan untuk mengaitkan derma ini dengan 1MDB dan anak syarikatnya, SRC International Sdn Bhd atas kapasiti beliau selaku Perdana Menteri pada ketika itu.

    Untuk ini, menurut beliau, pihak kerajaan Arab Saudi sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi negara dengan mengesahkan, memang terdapat penyaluran dana terus keakaun peribadi beliau yang pada ketika itu berjumlah USD 678 juta (RM 2.6 bilion) seperti yang diarahkan oleh Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Al Saud.

    Malah, dalam entri di laman sosial peribadi milik Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah memuat naik surat pengesahan, surat akuan penerimaan beliau dan surat keizinan pihak Bank Negara Malaysia untuk memproses dana berkenaan yang pada ketika itu menggunakan matawang asing.

    Juga, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat DiRaja Arab Saudi baru-baru ini yang ditandatangani oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud, baginda turut mengesahkan derma berkenaan memang disalurkan kepada beliau atas tujuan menangani pengganas Daesh selain ianya turut membantu beliau dalam menaikkan lagi taraf dan institusi Islam di negara ini.

    Paling utama, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak SPRM yang disiarkan menerusi Sinar Harian pada 5 Ogos 2015 mengesahkan bahawa RM 2.6 bilion ini memang disumbangkan oleh keluarga DiRaja Arab Saudi.  Malah, rombongan SPRM yang diketuai sendiri oleh Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Shukri Abdul ke Arab Saudi juga seolah-olah mengesahkan dakwaan ini.

    Fasa dua pula adalah penggunaan dana berkenaan. Dalam surat berkenaan, tidak tercatat larangan penggunaan wang berkenaan untuk tujuan politik. Atas kapasiti beliau selaku Presiden UMNO pada ketika itu, beliau telah menggunakan kira-kira RM 600 juta daripada wang berkenaan untuk membantu Barisan Nasional mengharungi Pilihan Raya Umum ke 13.

    Hal ini turut dimaklumkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dalam beberapa kunjungan rasmi beliau ke Arab Saudi sebelum Pilihan Raya Umum ke 13. Malah, kerajaan Arab Saudi sendiri memberi keizinan beliau menggunakan dana berkenaan bagi memastikan kerajaan Islam di negara ini kekal ditadbir oleh Barisan Nasional.

    Hal ini bukan satu perkara baru buat sistem politik Malaysia kerana bantuan kewangan dari luar mahupun di dalam negara bagi membantu parti, tidak kira Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) adalah satu amalan lazim. Malah, DAP sendiri tidak berani menyatakan tidak terhadap bantuan dana luar yang mereka terima sewaktu Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

    Fasa ketiga pula adalah pemulangan semula wang berkenaan. Sebaik sahaja usai Pilihan Raya Umum ke 13 yang menyaksikan Barisan Nasional berjaya mengekalkan kuasa, Datuk Seri Mohd Najib sendiri telah menyerahkan semula kira-kira RM 2.081 bilion baki wang berkenaan kepada pihak keluarga Di Raja Arab Saudi. Perkara berkenaan berlaku pada tahun 2013.

    Beliau telah mengemukakan surat penyerahan semula wang berkenaan di dalam status yang dimuat naik bagi menerangkan duduk sebenar kemana perginya wang RM 2.6 bilion yang dijadikan modal buat Pakatan Harapan untuk menumbangkan beliau.

    Dakwaan ini sekali lagi disokong oleh Kementerian Luar Arab Saudi termasuk diakui sendiri oleh pihak keluarga Di Raja Arab Saudi yang mengesahkan, Datuk Seri Mohd Najib ada memulangkan semula RM  2.081 bilion kepada Arab Saudi walaupun kerajaan Arab Saudi tidak pernah walau sekali meminta wang lebihan berkenaan dipulangkan.

    Inilah perkara sebenar yang berlaku bersandarkan kepada bukti-bukti yang ada di tangan beliau yang telah dikemukakan kepada mahkamah sebelum dan pada hari ini. Langsung tidak timbul penyelewengan dana melibatkan 1MDB mahupun SRC International Sdn Bhd seperti yang didakwa oleh Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir sendiri.

    Dalam sidang media itu juga, beliau sempat berseloroh dengan menyatakan, sudah nasib beliau ditentukan apabila beliau menerima pertuduhan dan pendakwaan. Namun ada seorang itu (tidak disebut secara jelas namun dipercayai ditujukan kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) digugurkan oleh mahkamah atas arahan pihak tertentu tanpa ada sebarang perbicaraan.

    Apa yang melucukan, untuk kali kedua, pihak pendakwaan masih gagal mengemukakan kertas pertuduhan keatas Datuk Seri Mohd Najib sehingga ianya menjadi persoalan buat pasukan pembelaan, adakah perbicaraan ini benar-bear berlaku ataupun hanyalah untuk memburukkan imej Datuk Seri Mohd Najib.

    Menariknya, menjelang petang tadi, tersebar sehelai kertas pecahan wang berkenaan digunakan yang mana tercatat dengan jelas, tiga fasa pendakwaan yang disebutkan oleh Datuk Seri Mohd Najib semasa sidang media beliau petang tadi.

    Menurut gambar berkenaan, pecahan berkenaan secara jelas menunjukkan wang berkenaan diterima, dibelanjakan sebelum wang berkenaan dipulangkan semula kepada pihak penderma.

    Dsinilah timbul persoalan, atas alasan apa perbicaraan ini berlangsung kerana di pihak pendakwaan, mereka langsung tidak menunjukkan sebarang kesungguhan bagi memastikan Datuk Seri Mohd Najib di sabitkan dengan sebarang kesalahan.

    Mungkin sebelum ini, ramai dikalangan ahli mahupun pemimpin Pakatan Harapan kerap kali melaungkan "Rule of Law". Tambahan pula, mereka menguasai sepenuhnya Bar Council yang menghimpunkan hampir kesemua peguam-peguam di seluruh Malaysia yang mana majoriti daripada mereka adalah pro DAP.

    Namun hari ini, apa yang disaksikan adalah, istilah "Rule Of Law" kini sudah mati. Yang tinggal hanyalah "Rule of Jungle" yang dilihat dengan sengaja memperkotak katikkan undang-undang negara dengan mengheret kesalahan yang pihak pendakwaan dan pihak SPRM serta PDRM sendiri gagal buktikan secara nyata.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sudah Nasib Saya Di Dakwa, Ada Orang Itu Pendakwaan Pun Boleh Digugurkan - DS Najib Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top