My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 16 September 2018

    Hadi Fayadh Berkelana Ke Jepun Minggu Depan



    PENYERANG bawah 19 tahun (B-19) negara, Hadi Fayadh Abdul Razak sekali lagi akan ke Jepun minggu depan bagi menjalani latihan bersama kelab Fajiano Okayama di Okayama, bermula 19 hingga 23 September ini. 

    Kelab yang beraksi di Divisyen 2 Liga Bola Sepak Profesional Jepun itu telah menghantar surat rasmi bagi mempelawa Hadi untuk menjalani latihan bersama skuad utama mereka. Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn. Bhd., Hiroshi Hamada yang menjadi tulang belakang utama bagi membawa Hadi ke beraksi bersama kelab di Jepun.

    “Saya akan membawa Hadi ke Jepun minggu depan bagi menjalani latihan bersama kelab Fajiano Okayama di Okayama, Jepun.

    “Selaku penaja kepada pa­sukan bola sepak Malaysia, Yakult akan membantu Hadi untuk menjalani latihan di sana dan besarlah harapan saya agar dia diterima dalam mana-mana pasukan di Jepun untuk perkembangan kariernya yang akan menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara ini.

    “Berkaitan keputusan latihan Hadi bersama kelab Roasso Kumamoto sebelum ini, saya telah mendapat maklum balas positif bahawa mereka memuji prestasi yang ditunjukkan oleh pemain remaja itu sepanjang bersama mereka. 

    "Bagaimanapun, mereka ma­sih belum dapat memberikan apa-apa keputusan memandangkan mereka sedang fokus bagi mengekalkan kedudukan di Liga Divisyen 2, Liga Bola Sepak Profesional Jepun. Mereka berjanji akan memberi jawapan selewatnya akhir Oktober ini.

    “Saya secara peribadi mengharapkan agar Hadi dapat me­nunjukkan prestasi yang baik dalam sesi latihan bersama skuad senior Fajiano Okayama akan datang bagi mendapat tempat dalam kelab itu nanti” kata Hamada.

    Sebagai rekod, Yakult sebelum ini telah menaja dan membantu Hadi bagi menjalani latihan di Jepun bersama kelab Roasso Kumamoto pada awal Ogos lepas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hadi Fayadh Berkelana Ke Jepun Minggu Depan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top