My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 September 2018

    Tiga Kanak-Kanak Maut, Empat Cedera Nahas Jalan Raya



    Tiga kanak-kanak maut manakala empat lagi parah dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax di Jalan Bangkau 2 di sini hari ini. 

    Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, kenderaan dinaiki pasangan suami isteri dan anak saudara mereka terbabas selepas dipercayai hilang kawalan.

    Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd. Izaan Abdullah berkata, kanak-kanak yang maut tersebut adalah berusia antara tujuh hingga 10 tahun melibatkan dua kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki. 

    "Sebelum kejadian kesemua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Pantai Kanibingan menghala ke Pantai Terunggu di Pitas untuk berkelah. Sebaik tiba di Jalan Bangkau 2, kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kanan jalan sehingga menyebabkan penumpang di tempat duduk belakang tersepit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mohd. Izaan berkata, tiga kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. "Mangsa yang lain pula dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut," jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tiga Kanak-Kanak Maut, Empat Cedera Nahas Jalan Raya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top