My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 September 2018

    Jual Bom Demi Hubungan 2 Negara



    Kerajaan Sepanyol hari ini mempertahankan keputusan kontroversi meneruskan jualan 400 bom kawalan laser kepada Arab Saudi atas alasan untuk menjaga hubungan baik dengan negara Teluk itu. 

    Ketika diwawancara stesen televisyen La Sexta, Perdana Menteri, Pedro Sanchez berkata kerajaannya akan menyebabkan imejnya berubah dengan Arab Saudi jika tidak menghantar senjata itu.

    “Keadaan agak rumit. Dilema kerajaan ialah risiko hubungan komersial, ekonomi dan politik terputus dengan Arab Saudi dan ini akan memberi impak kepada pihak tertentu dalam negara seperti di Selat Cadiz, termasuk kontrak yang ditandatangani kerajaan terdahulu,” katanya.

    Arab Saudi yang juga sekutu rapat, membayar 9.2 juta euro (RM44.30 juta) bagi bom itu mengikut perjanjian yang ditandatangani kerajaan terdahulu pada 2015.

    Kerajaan sosialis Sepanyol awal bulan ini mengumumkan bahawa ia akan menyekat penghantaran senjata kerana bimbang akan digunakan bagi mengancam orang awam di Yaman di mana Arab Saudi terbabit dalam konflik.

    Bagaimanapun, pada Khamis lalu, Menteri Luar, Josep Borrell mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk meneruskan penghantaran senjata itu, langkah yang menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi manusia. Sepanyol adalah pembekal senjata keempat terbesar kepada Arab Saudi, lapor Amnesty International.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jual Bom Demi Hubungan 2 Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top