My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 17 September 2018

    'Mana Ada Culik Budak, Ambil Organ..'



    POLIS menafikan penularan berita kes culik membabitkan 16 kanak-kanak dan remaja di sekitar Rompin yang kononnya berkaitan dengan sindiket pengambilan organ dan beberapa anggota badan. 

    Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, berita palsu itu disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp sejak dua hari lalu sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

    “Setakat ini kita tidak menerima sebarang laporan berhubung kes berkenaan dan kita menafikan berlakunya kes seperti yang didakwa. Penularan berita palsu berkenaan menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat dan kita menasihatkan orang ramai supaya berhenti berkongsi berita terbabit," katanya ketika dihubungi, NSTP, hari ini.

    Antara kandungan berita palsu berkenaan adalah orang ramai diminta berwaspada dan menjaga anak-anak bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa culik yang bertujuan untuk pengambilan organ.

    Berita itu juga mendakwa setakat ini seramai 16 kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 20 tahun dilaporkan hilang di sekitar daerah ini. Malah mereka juga mendakwa suspek mencari mangsa dengan menaiki motosikal dan turut dilihat berada di daerah Mersing, Kluang dan Kahang di Mersing. 

    Azli juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita yang tular di laman sosial atau aplikasi tertentu dan menghubungi polis bagi mendapatkan pengesahan mengenainya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Mana Ada Culik Budak, Ambil Organ..' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top