My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 13 September 2018

    Didakwa Edar Dadah 1 Tan



    PEMANDU lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown, hari ini kerana dituduh mengedar dadah lebih 1 tan, Ogos lalu. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh Ooi Beng Leng, 47, sejurus pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret L Umma Devi. 

    Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar methamphetamine seberat 1, 065, 575 gram di No 51, Jalan Perusahaan, Jelutong, 4.40 petang, 31 Ogos lalu.

    Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 kali.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Mahadi, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Michael KL Chee. Terdahulu, Shafiq memohon mahkamah supaya tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

    Umma Devi kemudian membenarkan permohonan itu dan menetapkan 16 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia. Tertuduh sebelum itu dilihat tiba 9 pagi di mahkamah dengan berbaju kelabu dan berseluar jeans pendek. Dia yang dikawal anggota polis hanya menundukkan kepala untuk mengelak wajahnya dirakam jurukamera.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Didakwa Edar Dadah 1 Tan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top