My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 September 2018

    Dua Lelaki Parah Ditetak Geng 36



    Dua lelaki parah ditetak ahli sindiket dadah yang mempunyai kaitan dengan kumpulan kongsi gelap yang dikenali Geng 36 di Jalan Sejati di sini pada Khamis lalu. Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 24 dan 38 tahun didatangi tiga lelaki sebelum menyerang dan menetak mereka dipercayai berpunca daripada berselisih faham berkaitan dadah. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kejadian itu berlaku ketika kedua-dua mangsa itu sedang berbual dengan dua lagi rakannya di simpang jalan.

    Menurutnya, sebelum itu, sebuah kereta Perodua Myvi warna perak dinaiki tiga lelaki bertopeng dipercayai Geng 36 berhenti di tempat mangsa berbual sebelum menetak mereka dengan parang. Katanya, kedua-dua mangsa cedera di tangan, badan dan pinggang manakala dua lagi rakan mangsa berjaya melarikan diri.

    "Siasatan awal, punca kejadian dipercayai ingin membalas dendam selepas mangsa tidak mahu bekerja semula dengan sindiket dadah itu," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini petang ini. 

    Mior Faridalathrash memberitahu, salah seorang mangsa tetak itu baru selesai menjalani hukuman penjara bagi kes Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) pada 22 Jun lalu selepas ditahan pada tahun 2015.

    "Mereka bertindak sedemikian selepas mangsa dikatakan enggan menerima arahan untuk bekerja semula sebagai 'runner' mengedar dadah," katanya.

    Beliau berkata, mangsa yang cedera itu kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. "Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Lelaki Parah Ditetak Geng 36 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top