My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 September 2018

    Pertembungan Dua "Lagenda" Perundangan Hangatkan Mahkamah



    Jika sebelum ini, pihak pendakwaraya mempertaruhkan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membuat pendakwaan keatas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam sebutan pertama kes melibatkan beliau di bawa Akta Penggubahan Wang Haram, kali ini satu lagi nama besar bidang perundangan, Tan Sri Gopal Sri Ram pula mengambil alih tugas Tommy.

    Hari ini, pada tarikh yang sama seperti kira-kira 20 tahun yang lalu yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan liwat yang pertama, Tan Sri Gopal beada di pihak SPRM dan PDRM untuk mendakwa Datuk Seri Mohd Najib. Menariknya, lawan yang ditentang adalah Tan Sri Shafie Abdullah, seorang peguam yang bukan calang-calang handalnya.

    Inilah antara intipati menarik perbicaraan melibatkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Seksyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Keadaan ini sekaligus menyaksikan jangkaan awal yang mahu melihat Peguam Negara mengabil tugas melakukan pendakwaan, namun tugas berat ini dipikul oleh Tan Sri Gopal Sri Ram.

    Nama Tan Sri Gopal sebenarnya tidak asing lagi dalam bidang perundangan negara. Beliau pernah menjadi Hakim Mahkamah Rayuan selama 15 tahun sebelum beliau menjadi Hakim Persekutuan pada tahun 2009 dan bersara kira-kira setahun kemudian.

    Beliau juga merupakan ketua peguambela bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu perbicaraan kes liwat yang pertama sebelum imej beliau selaku peguam handalan dicalar oleh kehebatan Tan Sri Shafie Abdullah sewaktu beliau berjaya meyakinkan mahkamah bahawa berlaku kes liwat diluar kerelaan yang melibatkan bekas setiausaha politik Anwar sendiri.

    Hari ini, kedua-dua mereka bertemu kembali dan apa yang menariknya, buat kesekian kalinya, Tan Sri Shafie sekali lagi berjaya mematahkan hujah Tan Sri Gopal apabila beliau berjaya membebaskan anak guamnya, Datuk Seri Mohd Najib walaupun majoriti percaya, Datuk Seri Mohd Najib bakal di sumbat ke Penjara Sungai Buloh, paling tidak untuk tempoh 12 jam.

    Menurut sumber, dalam satu hujah yang paling menarik, Tan Sri Shafie di percayai berkata,

    "Bagaimana pihak pendakwa mahu menyabitkan kesalahan kepada anak guamnya kerana sehingga jam ini, pihak pendakwa gagal mengemukakan walau sehelai pun kerta pertuduhan. Walhal sebelum ini anak guamnya ditahan semalaman di SPRM tanpa ada mana-mana pihak boleh menunjukkan apa jua bukti pertuduhan mahupun kertas pertuduhan.

    Oleh yang demikian, pihak pembela merasakan, adalah tidak wajar buat pihak pendakwa mahu mengenakan wang jaminan sehingga RM 5 juta kepada anak guam saya kerana kesalahan pendakwaan ini terletak di tangan pihak pendakwa, bukannya datang dari pihak pembelaan."

    Hasil dari hujah inilah yang menyaksikan harapan para pentaksub Tun Dr Mahathir dan para penyokong kerajaan untuk menyaksikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak disumbatkan ke penjara Sungai Buloh sementara menunggu wang jaminan di jelaskan, berkubur begitu sahaja.

    Malah, Tan Sri Gopal yang mengetuai pihak pendakwaan juga dilaporkan oleh sumber berkenaan, hilang kata-kata sehingga menyaksikan hakim membenarkan ikat jamin sebanyak RM 3.5 juta dengan dua penjamin, seorang bagi kes melibatkan SPRM manakala seorang lagi melibatkan kes AMLA.

    Lebih menarik lagi, mahkamah juga membenarkan Datuk Seri Mohd Najib membayar RM 1 juta dahulu pada keesokan hari (21 September) dan menyelesaikan baki wang jaminan berkenaan secara ansuran sehingga atau sebelum 28 September 2018.

    Ini satu lagi tamparan hebat yang diterima oleh pihak kerajaan dan Tan Sri Gopal secara amnya kerana beliau sekali lagi gagal memastikan Datuk Seri Mohd Najib ditahan untuk sekurang-kurangnya selama 24 jam di Penjara Sungai Buloh.

    Inilah sedikit rentetan apa yang berlaku sepanjang tempoh perbicaraan yang menyaksikan pertembuangantara dua lagenda perundangan negara, Tan Sri Gopal Sri Ram dan Tan Sri Shafie Abdullah bagi mendakwa dan membela orang yang sama, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pertembungan Dua "Lagenda" Perundangan Hangatkan Mahkamah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top