Inflasi adalah satu isitilah yang paling ditakuti oleh mereka yang mempunyai perniagaan mahupun bagi kalangan rakyat dalam kategori pengguna. Manakan tidak, harga barangan di dalam pasaran akan mula meningkat dengan mendadak tetapi kuasa membeli bagi rakyat biasa tidak cukup kuat dan mengakibatkan lambakan barangan pada harga yang tinggi.
Sebelum ini, Malaysia pernah mengalami situasi ini yang mana pada ketika itu, bukan sahaja ekonomi Malaysia sahaja mengalami inflasi, malah kadar pengangguran juga amat tinggi sekitar 1982 sehingga 1988. Namun, asas ekonomi negara berjaya dipulihkan sedikit demi sedikit bermula 1989 dan dihancurkan kembali pada krisis matawang Asia pada tahun 1997 dan 1998.
Hari ini situasi ini mungkin bakal berlaku sekali lagi. Menurut beberapa kajian dari para pemerhati ekonomi dunia, adalah sesuatu yang cukup pelik melihat perkembangan ekonomi Malaysia. Dalam tempoh 3 hingga 4 tahun sebelum ini, ekonomi Malaysia dilabel sebagai antara yang paling kukuh di Asia dengan kadar KDNK negara diunjur pada tahap 5.2 hingga 5.5 peratus.
Namun, dalam satu pengumuman yang dilakukan baru-baru ini oleh Bank Negara, kadar KDNK negara diunjurkan pada 4.9 peratus, satu rekod penurunan yang semamangnya dianggap sebagai satu amaran berkemungkinan besar bakal berlaku bencana ekonomi buat negara menjelang tahun 2019.
Itu belum lagi mengambil kira petunjuk indeks bursa saham KLSE, kada Ringgit berbanding Dolar Amerika serta perlaksanaan SST yang disifatkan sebagai satu langkah kebelakang yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini.
Kesemua petunjuk yang berlaku dalam tempoh 127 hari kerajaan baru ini mengambil alih tampuk pemerintahan menunjukkan, ekonomi Malaysia semakin menguncup, sesuatu yang tidak bagus buat sesebuah negara yang sedang diambang sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Paling ketara adalah bagaimana begitu ramai pelabur asing sudah mula meninggalkan Malaysia dan mula melabur ke negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang dianggap sebagai lebih mesra ekonomi dan lebih berkeyakinan dalam sektor ekonomi berbanding pelbagai cerita karut yang keluar dari mulut Pedana Menteri dan Menteri Kewangan.
Rakan-rakan dagang utama Malaysia seperti China, Jepun mahupun jiran terdekat Malaysia, Brunei juga sudah mula meminggirkan Malaysia. Tidak seperti dua hingga tahun yang lalu, Malaysia kini terkial-kial mencari pasaran luar untuk menerima hasil produk negara seperti minyak kelapa sawit dan juga getah.
Seandainya dua komuditi utama negara ini "tidak laku" di pasaran seperti China yang menjadi antara negara pengimport utama hasil sawit Malaysia, ianya adalah petunjuk jelas bahawa Malaysia sudah hilang rakan dagangan antara kuasa utama ekonomi dunia. Situasi ini bertambah buruk apabila Eropah dan Amerika Syarikat sendiri sudah hilang minat untuk mengimport dua komuditi utama Malaysia.
Bukankah ini semua bakal menjadikan ekonomi Malaysia akan menjadi jauh lebih buruk berbanding krisis matawang Asia sekitar tahun 1998 dan 1999? Paling utama, inflasi yang cuba dielakkan oleh Datuk Seri Mohd Najib sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri sebelum ini, bakal menjengah Malaysia dan akan mengakibatkan rakyat terpaksa mengikat perut dari berbelanja.
Situasi ini akan bertambah buruk apabila peluang pekerjaan akan menjadi jauh lebih terhad dengan kadar pengangguran akan meningkat dengan mendadak. Ini bukan hanya satu rekaan tetapi ianya turut disokong oleh pemerhati ekonomi global samada di pihak Bank Dunia, Bloomberg mahupun pemerhati ekonomi dalam Malaysia sendiri.
Iya, mungkin bagi para penyokong Pakatan Harapan, asal Barisan Nasional dan Datuk Seri Mohd Najib tumbang, itu sudah cukup. Realitinya, ini bukan lagi berkisar kepada politik semata-mata. Ini sudah mengganggu periuk nasi rakyat dan paling teruk, ianya telah merabakkan poket rakyat tanpa mengira mereka ini menyokong Pakatan Harapan ataupun tidak.
0 comments:
Post a Comment