My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 September 2018

    Nyaris Diculik Lelaki Bertopeng



    POLIS masih menyiasat berhubung laporan polis mendakwa seorang kanak-kanak berusia 10 tahun nyaris diculik dua lelaki menaiki Perodua Kelisa di hentian bas Sungai Mulia, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, 2 petang semalam. 

    Laporan polis berhubung kejadian dibuat pemandu bas yang berada di lokasi kejadian menjadi tular di media sosial sejak malam tadi dan ia mendakwa salah seorang daripada suspek memakai topeng berwarna hitam.

    Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata, dua suspek lelaki itu memandang ke arah kanak-kanak berkenaan sebelum didakwa cuba membuka pintu kereta menyebabkan mangsa cemas dan takut sebelum masuk ke dalam bas yang baru tiba.

    “Ibu mangsa berusia 34 tahun menerima panggilan telefon daripada orang awam pada 3 petang, menyatakan anaknya cuba diculik dua lelaki tidak dikenali menaiki kereta berwarna kelabu. Kanak-kanak itu mendakwa ketika kejadian dia baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas dan bersendirian ketika turun dari kenderaan itu di hentian bas Sungai Mulia.

    “Ketika berjalan di hadapan stesen bas itu, kanak-kanak itu ternampak kereta dinaiki dua lelaki termasuk seorang daripadanya memakai topeng dan mereka memandang ke arah kanak-kanak terbabit,” katanya.

    Beliau berkata, murid sekolah tahun empat itu mengesyaki dua lelaki berkenaan cuba menculiknya kerana tindak-tanduk mereka selain cuba membuka pintu kenderaan. Katanya, mangsa kemudian terus melarikan diri masuk ke dalam sebuah bas yang baru tiba di hentian bas itu.

    “Pemandu bas terbabit sempat mengecam kenderaan dan dua lelaki berkenaan dan ketika pemandu bas itu beredar dari lokasi, kereta Perodua Kelisa berkenaan masih tidak berganjak. Satu laporan polis dibuat berhubung kejadian ini dan berdasarkan siasatan awal, mangsa tidak cedera selain tidak disentuh secara fizikal oleh suspek. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

    Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan kedua-dua lelaki berkenaan masih diburu dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 365 dan 511 Kanun Keseksaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nyaris Diculik Lelaki Bertopeng Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top