My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 13 September 2018

    "Dakwa Dahulu Baru Cari Bukti" Bukti Sistem Perundangan Negara Teruk Dicabuli



    Pergilah kemana sahaja di seluruh dunia, jika kita menemubual pengamal undang-undang, pastinya kesemua mereka bersetuju bahawa, sebelum mendakwa seseorang itu, ianya perlu disiasat dengan rapi dan disertakan dengan bukti yang kukuh. Jika tidak, adalah amat mustahil untuk mana-mana pendakwa raya memenangi sesuatu kes berkenaan.

    Perkara ini telah diamalkan sejak dahulu lagi yang mana, setiap satu kesalahan yang berlaku, perlu di siasat dengan terperinci dan disertakan dengan bukti. Malah, bagi penuntut undang-undang di seluruh dunia, perkara ini adalah asas paling utama sebelum sesuatu kes itu di bawa ke mahkamah.

    Namun, percayakah kita, sejak 10 Mei yang lalu, Malaysia telah memecahkan segala tradisi pendakwaan yang diamalkan di seluruh dunia termasuk negara dunia ketiga seperti Afghanistan mahupun negara kecil seperti Luxemburg?

    Sejak Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya dari tangan Barisan Nasional,kita dapat saksikan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan ini begitu terdesak untuk mengheret bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke mahkamah.APa yang melucukan adalah, siasatan dari pihak PDRM dan SPRM masih berjalan namun sapina mahkamahtelah tiba kerumah beliau.

    Malah, sejak 2014, Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir telah melabelkan Datuk Seri Mohd Najib dengan pelbagai tuduhan seperti mencuri, menyeleweng wang 1MDB dan wang negara serta pelbagai tuduhan yang langsung tidak dikemukakan di mana-mana mahkamah di seluruh dunia. Ajaibnya, rakyat Malaysia amat mudah percaya dengan pelbagai fitnah sebegini.

    Sebaik sahaja berjaya membentuk kerajaan, kerajaan Pakatan Harapan seolah-olah cukup terdesak bagi membuktikan tuduhan mereka itu benar. Di sinilah kesilapan paling besar berlaku dalam sejarah perundangan dunia apabila Datuk Seri Mohd Najib dihadapkan ke mahkamah dengan kertas pertuduhan sendiri masih gagal disiapkan.

    Malah, tidak pernah berlaku dalam sejarah perundangan dunia, seorang tertuduh boleh bertanyakan secara terbuka, bilakah kertas siasatan terhadapnya disiapkan. Malah, tidak pernah berlaku, seorang tertuduh meminta mana-mana pihak pendakwa termasuk kerajaan mendakwanya secepat mungkin kerana bosan menunggu perkara yang langsung tiada kepastian.

    Hari ini, sejarah yang sama berulang apabila Tan Sri Shafie Abdullah pula diheret ke mahkamah oleh SPRM mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram. Semuanya disebabkan oleh tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib telah membayar Tan Sri Shafie sebanyak RM 9.5 juta bagi memastikan Datuk Seri Anwar disumbatkan kembali ke penjara atas tuduhan liwat.

    Hal ini pantas dijawab oleh Tan Sri Shafie yang mendedahkan, penglibatan beliau dalam kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sebenarnya diatur sendiri oleh Tun Dr Mahathir yang mahu memastikan Datuk Seri Anwar dipenjarakan. Malah, jumlah yang dibayar itu adalh jumlah hutang tertunggak Tun Dr Mahathir terhadap Tan Sri Shafie semasa menggunakan khidmatnya sebelum ini.

    Akibatnya mudah, beliau ditahan oleh SPRM dan didakwa hari ini atas akta AMLA. Dalam ulasanya, Tan Sri Shafie memberitahu, penahanan dan pendakwaannya disifatkan mempunyai pengaruh politik dan kes ini beliau anggap sebagai terlalu lemah. Malah, beliau dengan cukup yakin memberitahu, segala bukti bagu menyokong dakwaannya sebelum ini cukup untuk menidakkan 4 tuduhan tidak masuk akal ini.

    Cukup dengan hanya dua kes berprofil tinggi yang mendapat perhatian rakyat Malaysia. Menariknya, kedua-dua kes ini menyaksikan, pendakwaan dilakukan terlebih dahulu sebelum siasatan penuh dilakukan. Bukankah ini adalah salah satu perlanggaran undang-undang negara dan ianya boleh dianggap sebagai pencabulan undang-undang negara pada tahap tertinggi?

    Andai dihikayatkan kepada dunia luar, sudah tentu semua pengamal undang-undang dunia termasuk Department of Justice Amerika Syarikat akan mentertawakan kita. Ini bukan lagi "Rule of Law" sebaliknya ia lebih kepada "Rule of Jungle" yang tidak ada walau satu negara lain di dunia ini mengamalkannya kecuali Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: "Dakwa Dahulu Baru Cari Bukti" Bukti Sistem Perundangan Negara Teruk Dicabuli Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top