My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 16 September 2018

    Berpesta Sampai Mati



    Hasrat untuk berpesta dan bergembira dalam festival muzik berakhir dengan tragedi selepas dua orang maut akibat mengambil dadah berlebihan. Malah, lebih sedozen orang lagi dimasukkan ke hospital dan ratusan meminta bantuan perubatan selepas disyaki mengambil dadah berlebihan ketika menghadiri pesta muzik di Sydney, kata polis, hari ini. 

    Mangsa dikenali sebagai lelaki berusia 23 tahun dan seorang lagi wanita berusia 21 tahun semalam selepas tidak sedarkan diri di pesta Defqon.1, kata pihak berkuasa. Dua daripada 13 orang yang dimasukkan ke hospital masih dalam keadaan tenat manakala 700 lagi menerima bantuan di lokasi pesta.

    Polis mengemukakan dakwaan ke atas 10 orang yang membekalkan dadah itu termasuk dua remaja yang dikatakan membawa 120 kapsul ke pesta itu yang bertempat di Pusat Regatta Antarabangsa Sydney.

    “Saya amat kesal dengan apa yang berlaku. Saya tidak mahu mana-mana keluarga melalui tragedi seperti yang menimpa sebahagian mereka pagi ini (semalam).

    “Memikirkannya pun membuat saya rasa sedih. Pesta ini tidak lagi sesuatu yang selamat untuk diadakan dan saya akan lakukan apa sahaja untuk memastikan ia tidak berulang,” kata Perdana Menteri negeri New South Wales, Gladys Berejiklian.

    Pada 2013 dan 2015, dua lelaki dalam lingkungan 20an maut selepas menghadiri pesta itu dan disyaki disebabkan mengambil dadah berlebihan.

    Pesta itu adalah acara tahunan di Australia sejak 2009 dan dianjurkan oleh Q-Dance Australia, sebahagian daripada penganjur Q-Dance Belanda. Penganjur turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka amat sedih dengan kematian berkenaan.

    “Kami kesal dengan banyaknya insiden mereka yang ada kaitan dengan dadah kerana kami mempunyai dasar tidak bertolak ansur dalam perkara itu apabila pesta berlangsung,” kata Defqon.1 yang disiarkan akhbar Sydney Morning Herald.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berpesta Sampai Mati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top