My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 17 September 2018

    Finas Jawab Isu Ketirisan Dana



    Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Fauzi Ayob menyambut baik kenyataan yang telah dikeluarkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkaitan isu ketirisan dana badan berkenaan. 

    Fauzi dalam satu kenyataan memberitahu, beliau mengalu-alukan penstrukturan semula di semua peringkat bagi mengelak ketirisan dana pada masa hadapan. “Finas yakin dan percaya industri perfileman tempatan akan terus diperkasakan dan menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing. 

    “Selaras dengan visi menteri sendiri bagi industri filem menjana kecemerlangan sehingga ke peringkat antarabangsa, Finas optimis untuk terus memperkasakan strategi dan fungsi selaras dengan peruntukan Akta 244, Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pindaan 2013) sendiri,” kata Fauzi.

    Tambah kenyataan tersebut lagi, beberapa laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah wujud pada waktu sebelum ini berkaitan dengan ketirisan dana dan menteri sendiri telah menulis surat sendiri kepada pihak SPRM untuk mendapatkan maklum balas berhubung status siasatan yang telah dijalankan oleh pihak SPRM.

    “Pihak Finas melalui Bahagian Kewangan, Unit Integriti serta Unit Audit Dalam Finas telah mengambil inisiatif dengan menggerakkan pasukan Jawatankuasa ‘task force’ untuk menyiasat secara dalaman sekiranya wujud unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak dalaman sendiri berkaitan pengurusan dana yang disalurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

    “Justeru, Finas sentiasa bekerjasama erat dengan pihak berkuasa bagi terus memastikan ia bersih dari sebarang unsur-unsur negatif yang menyalahi undang-undang,” tulis kenyataan tersebut.

    Pada ketika ini juga, Finas juga di dalam fasa pemerkasaan pembangunan organisasi dan perkhidmatannya dengan hala tuju yang lebih fokus seiring dengan saranan dan amanat menteri dan pihak KKMM sendiri.

    “Finas sentiasa komited untuk melaksanakan penjenamaan organisasi yang sentiasa berpandukan kepada sistem tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Finas Jawab Isu Ketirisan Dana Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top