My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 September 2018

    Kastam Sarawak Rampas 45 Kontena Minuman Keras Dan Rokok



    Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya merampas 45 kontena minuman keras dan rokok dnegan nilai cukai sebanyak RM17.4 juta menerusi satu serbuan di sebuah jeti persendirian di Jalan Salim-Stabau di sini pada 5 September lalu. 

    Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, bertindak ke atas maklumat yang diterima, sepasukan pegawai kastam dari Cawangan Penguatkuasaan KDRM Sarawak telah melakukan serbuan di jeti berkenaan pada pukul 11.30 pagi.

    Menurutnya, menerusi serbuan tersebut pegawai kastam telah menahan sebuah bot penunda bersama sebuah tongkang yang membawa 45 unit kontena yang disyaki mengandungi barangan belum lulus kastam dari luar negara.

    "Pasukan serbuan juga menjumpai kira-kira 403 kotak minuman keras jenis wine di dalam sebuah gudang yang terletak berhampiran jeti berkenaan.

    "Hasil pemeriksaan ke atas kontena-kontena yang berada di atas tongkang mendapati 44 daripadanya mengandungi minuman keras jenis beer pelbagai jenama yang berjumlah sebanyak 76,250 karton (734,791.20 liter) bernilai RM2.42 juta dengan jumlah cukai sebanyak RM11.27 juta," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Subromaniam memberitahu, sebuah lagi kontena mengandungi 21,250 karton rokok putih dengan nilai RM340,000 dan jumlah cukai sebanyak RM3.1 juta, sementara nilai dan cukai bagi rampasan wine di dalam gudang pula dianggarkan berjumlah RM346,956.71.

    Katanya, nilai dan cukai keseluruhan barang rampasan bagi kedua-dua kes tersebut dianggarkan sebanyak RM17,476,956.71 juta. "Hasil siasatan awal mendapati kesemua barangan rampasan itu dipercayai dibawa masuk melalui Ho Chi Minh, Vietnam.

    "Kesemua barangan tersebut disita di bawah peruntukan Seksyen 114 Akta Kastam 1967 kerana disyaki telah berlaku kesalahan di bawah Seksyen 135(1) Akta yang sama," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kastam Sarawak Rampas 45 Kontena Minuman Keras Dan Rokok Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top