My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 5 October 2016

    Awie Akan Bernikah Buat Kali Ketiga




    Penyanyi dan pelakon popular Awie mengesahkan akan bernikah dengan tunangnya, Sharifah Ladyana, Jumaat ini di lokasi yang dirahsiakan. Awie, 48, berkata, dia bukan sengaja mahu merahsiakan perkara itu tetapi terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu ada gangguan yang boleh menyebabkan majlis tidak berjalan lancar. 

    “Sewaktu bertunang baru-baru ini, saya adakan majlis itu secara senyap-senyap di Pulau Pinang. Waktu itu barulah saya rasa selamat. Itulah punca saya tak beritahu sesiapa," katanya ditemui pada sidang media Konsert Wings 30 Tahun 'Live' @ Kota Kinabalu, Sabah di sini, semalam.

    Awie sebelum ini mendedahkan kerap berdepan dengan perkara ‘misteri’ seperti mengalami sakit kaki kronik. Menurut Awie, tunangnya yang berusia awal 20-an itu turut ‘terkena’ apabila mengalami muntah-muntah dan alahan pada muka, baru-baru ini.

    "Dia pun kena juga. Mukanya tumbuh jerawat manakala kakinya pula lebam-lebam tanpa sebab dan terpaksa berjalan tempang hingga dia trauma. Itulah punca saya tak mahu dedahkan lokasi pernikahan nanti kerana bimbang akan berdepan ‘gangguan’.

    “Majlisnya akan dibuat jauh dari sini. Persediaan pula dibuat menggunakan orang perantaraan kerana saya sendiri sibuk dengan aktiviti seni," katanya.

    Awie berkata, anggota Wings juga baru dimaklumkan mengenai perancangannya itu dan mereka menyokong tanpa masalah. Menurut Awie, dia ada mendapatkan rawatan dengan seorang ustaz semalam dan berharap boleh sembuh seperti sedia kala.

    "Saya dah tak larat sebenarnya kerana terlalu teruk. Nak kata sakit, saya boleh menyanyi, boleh beraksi di pentas dan masih ada stamina. Namun, sakit yang pelik ini sangat menghairankan saya. Nak kata saya kena gout pun, saya pernah menjalani ujian darah dan doktor mengesahkan ia bukan penyakit gout seperti disangka," katanya.

    Awie sebelum ini berkata, dia pelik kerana kakinya tidak sakit sekiranya dipicit, dipukul atau diangkat, tetapi apabila dia memijak lantai sakitnya amat ketara hingga dia sukar untuk berjalan dan terpaksa menggunakan tongkat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Awie Akan Bernikah Buat Kali Ketiga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top