Atas alasan tidak mahu mengambil risiko, Kim Swee berpendapat bahawa lebih baik pemain terbabit tidak disenaraikan untuk mengelak kecederaan mereka menjadi semakin teruk, namun masih memiliki peluang untuk bersama skuad negara pada aksi menentang Afghanistan di Stadium Shah Alam, Selasa depan.
Jelas Kim Swee ketika mengumumkan senarai 26 pemain semalam untuk dibawa ke Singapura hari ini, pemain-pemain yang cedera itu akan terus menjalani sesi rawatan di Wisma FAM, Kelana Jaya kerana satu program pemulihan sudah diatur buat mereka sebelum kembali menyertai skuad negara sebaik pulang dari Singapura nanti.
Ekoran ketiadaan khidmat pemain berpengalaman itu, Kim Swee mendedahkan bahawa beliau masih mempunyai pilihan lain untuk dipertaruhkan, sekali gus memberi pelang kepada muka baharu untuk menimba pengalaman.
“Pemain-pemain yang tidak disenaraikan itu bukan bererti mereka tidak bagus tetapi langkah tersebut adalah untuk memberi ruang kepada mereka untuk berehat agar kecederaan mereka pulih sepenuhnya. Ronny sedang mengalami kecederaan ada bahagian belakang badan manakala Nasir pula mengalami kecederaan pangkal paha.
“Matthew pula ada masalah kesihatan dan saya berharap mereka akan menjalani proses pemulihan bersama pegawai khas sebelum kembali bersama pasukan selepas pulang dari Singapura nanti.
“Saya tidak membawa Khairul Fahmi ke Singapura kerana ingin memberi peluang kepada dua lagi penjaga gol iaitu Khairulazhan Khalid dan Hafizul Hakim beraksi. Dua lagi penjaga gol, Khuzaimi dan Khairul Fahmi akan berada dalam skuad untuk aksi menentang Afghanistan nanti,” jelas Kim Swee.
Dalam perkembangan sama, pengendali kelahiran Melaka itu mengakui masih belum mendapat ilham siapa yang bakal disenaraikan dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Singapura nanti.
“Terus-terang saya cakap, hanya semalam (kelmarin) saya baharu melakukan latihan bersama semua pemain. Saya telah mencuba beberapa kombinasi dan hari ini (semalam) saya akan nilai lagi pemain yang sesuai dengan formasi yang kami rancang,” katanya.
0 comments:
Post a Comment