Kerajaan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih lagi dalam peringkat perbincangan bagi membolehkan pencarum mengeluarkan lebih banyak dana dalam Akaun 2 KWSP untuk membiayai pembelian rumah pertama.
Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, kemudahan pengeluaran dana terbabit bagaimanapun tertakluk kepada mereka yang hanya ingin membeli rumah pertama dan mampu milik serta bukan bagi membiayai pembelian kediaman mewah.

“Secara keseluruhannya, ia kaedah terbaik dalam memberi peluang pencarum untuk menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP untuk membeli rumah pertama,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan sesi meja bulat Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini, semalam. Hadir sama Naib Presiden NCCIM, Tan Sri K K Eswaran dan Setiausaha Agung NCCIM, Datuk Seri Syed Hussien Al Habshee.

Semakan semula itu membolehkan pencarum mempunyai lebihan dana dalam akaun berkenaan bagi menampung bayaran wang pendahuluan pembelian hartanah, mengurangkan pinjaman perumahan dan membayar ansuran bulanan pinjaman mereka.
0 comments:
Post a Comment