![]() |
Gambar Hiasan |
Memang benar, mana-mana hubungan melibatkan lelaki dan wanita bukan mahram perlulah mempunyai batasan serta diikat dengan nikah jika ingin melangkaui batasan yang ditetapkan. Pada zaman dahulu, mungkin terma nikah dahulu baru bercinta ini adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi apabila ibu bapa mengurus dan menjodohkan anak mereka dengan pasangan yang dipilih, bukannya menerusi hubungan cinta.

Kahwin secara terpaksa atau nikah dulu baru bercinta ini disebabkan pelbagai faktor, antaranya termasuk berkahwin dengan pilihan ibu bapa atau terdesak berkahwin dalam tempoh terdekat, namun tidak mempunyai pasangan.
Namun, pada era kini, masih adakah hubungan yang dibina berlandaskan perasaan sebagai sahabat atau orang yang tidak pernah dikenali, lalu menjadi pasangan suami isteri? Adakah perkahwinan itu mendapat kebahagiaan seperti dalam drama atau sekadar hiburan semata-mata? Hanya mereka yang mengalaminya, mampu merungkai segala persoalan ini.
0 comments:
Post a Comment