My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 4 October 2016

    Ini Baru "Pool Car"!!!



    Bagi mengatasi kesesakan lalu lintas, kebanyakan negara di dunia menggalakkan rakyatnya untuk menumpang kereta rakan sekerja atau lebih dikenali sebagai "pool car". Dengan cara ini, kita dapat menjimatkan perbelanjaan harian disamping dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas yang menyelubungi dunia hari ini.

    Namun begitu, apa yang berlaku di Pergunungan Ural, Rusia, jelas memeranjatkan. Bayangkan, dengan hanya memandu sebuah kereta berwarna biru lembut dan berada dalam keadaan usang, kereta berkenaan mampu memuatkan 17 orang dewasa didalamnya.

    Lebih memeranjatkan, selain daripada memuatkan 17 orang, kereta berkenaan turut membawa beberapa alatan muzik seperti gitar dan akordian. Hal ini terdedah apabila sebuah video klip yang dirakam oleh rakan sekerja mereka yang kini menjadi perkongsian paling hangat di Rusia menerusi laman web Youtube.

    Kereta berkenaan dirakam berhenti berhampiran kawasan landasan keretapi dan pemandu kenderaan beserta penumpang dirakam turun seorang demi seorang. Sebaik sahaja menyedari aksi mereka dirakam, mereka melambaikan tangan sambil melemparkan senyuman secara beramai-ramai sebaik sahaja kesemua mereka keluar daripada kereta berkenaan.

    Dalam rakaman berkenaan, salah seorang penumpang kereta berkenaan memberitahu, gaji mereka yang kecil telah menyebabkan mereka menumpang kereta berkenaan. Walaupun menyedari keadaan mereka yang bersesak di dalam kereta berkenaan, namun mereka tiada pilihan selain daripada menaiki kereta berkenaan untuk ketempat kerja.

    Ujarnya lagi, mereka berkongsi untuk mengisi minyak dan menyelenggara kereta uzur berkenaan kerana 8 orang daripada mereka tinggal dikawasan pendalaman dimana tiada kemudahan awam dapat tiba ketempat tinggal mereka.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Baru "Pool Car"!!! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top