Sebelum negara mengecapi tahap ekonomi berasaskan industri ini, Malaysia lebih dikenali sebagai negara pertanian dan perladangan. Kesemua ini diusahakan oleh penduduk luar bandar dimana bekalan sayur-sayuran serta daging, boleh didapati dengan harga yang murah.
Namun perkembangan ekonomi sejak dari 1980 telah membawa perubahan kepada industri asas tani negara. Sedikit demi sedikit, negara mula bergerak dari negara pertanian kepada negara yang berasaskan industri ini. Perubahan ini turut mengheret sama trend memilih pekerjaan terhadap generasi baru hari ini.

Hari ini, dianggarkan permintaan pekerja seluruh negara bagi kedua sektor ini berjumlah lebih kurang 63,000 orang. Melihat kepada jumlah besar ini, Justeru, tidak hairanlah keperluan untuk mengisi kekosongan sektor ini begitu meruncing sehingga mendapat perhatian Datuk Seri Wee.
Mungkin ada yang memandang enteng masalah ini. Sebenarnya, jika hal ini tidak ditangani dengan segera, antara impaknya termasuklah keadaan ekonomi negara bakal terjejas. Menurut Datuk Seri Wee, kekurangan pekerja dan permintaan yang paling ketara adalah dari negeri Kedah , Pahang , Johor dan Perak.
Beliau mengeluarkan kenyataan ini berbangkit ketika mengadakan pertemuan bersama-sama wakil kedua industri dari 4 negeri ini. Pihak yang mewakili industri yang datang dari negeri ini menyatakan kesusahan dan masalah mereka , terutamanya ketika mahu memungut hasil tanaman mereka.

Dalam hal ini, walaupun kerajaan memberi kebenaran kepada sektor perladangan untuk mengambil pekerja asing namun ia terhad hanya kepada sektor ladang kelapa sawit sahaja. Walau bagaimanapun, dalam pertemuan itu, beliau berjanji, beliau dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai akan membawa masalah ini kepada pengetahuan Perdana Menteri dalam masa terdekat.
0 comments:
Post a Comment