Semalam, buat kesekian kalinya, bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengunjungi "rumah ketiganya" iaitu Kompleks Mahkamah. Ini merupakan kunjungan yang ke lebih 30 kali sepanjangan Anwar menjalani hukuman penjara selama 5 tahun kerana kes liwat keduanya.
Agak menghairankan, bagaimana seorang pesalah yang telah dijatuhi hukuman penjara dapat menikmati layanan hebat sehingga dibenarkan keluar daripada penjara lebih daripada 70 kali? Istimewakah Anwar sehingga mendapat layanan VIP di penjara sehingga membolehkan beliau mendapat layanan sebegitu rupa?
Sepatutnya, seorang pesalah yang telah menjalani hukuman penjara, layanannya sama seperti pesalah yang lain dimana mereka akan menjalani kehidupan dalam penjara untuk menyedarkan mereka atas kesilapan yang mereka lakukan.
Belum pernah dalam sejarah, di mana-mana sekalipun, seorang pesalah akan bebas keluar dan masuk penjara semahu hatinya walau apa jua alasan yang diberi. Namun bagi Anwar, seolah-olah mendapat layanan khas, beliau bebas untuk bertemu dengan para penyokongnya termasuk mengeluarkan kenyataan media, walaupun undang-undang telah menggariskan, tiada sebarang hubungan antara pesalah dengan dunia luar selagi dia belum menghabiskan hukumannya.
Semalam, Anwar sekali lagi menggunakan kehebatannya untuk keluar dan masuk ke penjara. Semalam merupakan hari dimana harapan Anwar untuk bebas lebih awal, dijalankan. Beliau sekali lagi memasuki komlpleks Mahkamah Rayuan untuk pendengaran rayuannya untuk membatalkan hukuman yang dikenakan keatasnya.
Belum lagi mahkamah bersidang, beliau melalui peguambelanya menuntut panel hakim yang mengadili kesnya ditukar atas alasan, panel yang sama yang telah menolak rayuannya sebelum ini. Tuntutan ini pasti akan memakan masa untuk sekurang-kurang setengah hari dimana kesnya masih lagi belum disebutkan.
Telahan ini ada benarnya di mana, panel hakim Mahkamah Rayuan menangguhkan kes ini kemasa yang akan ditetapkan oleh Mahkamah dan Anwar sekali lagi berjaya mengheret kesnya untuk lebih lama. Ini sekaligus membuka ruang untuknya keluar buat kesekian kalinya dari penjara atas alasan menghadiri kes mahkamah.
Hebat, helah yang sama digunakan Anwaar berulang-ulang kali sehingga beliau cukup mudah untuk keluar dari penjara. Jika inilah strategi yang dilakukan oleh Anwar, bukan satu perkara yang menghairankan apabila Anwar langsung tidak akan menginsafi kesalahan yang beliau lakukan.
Juga bukan satu perkara yang mengejutkan andai selepas dibebaskan kelak, kita akan terdengar kes liwat ketiga yang akan membabitkan dirinya.
0 comments:
Post a Comment