Bagi insan-insan bercinta, antara detik yang paling sukar untuk diterima adalah disaat hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan. Di sinilah seseorang manusia itu diuji perasaannya samada dia mampu untuk berfikir secara rasional ataupun tidak.
Bukan satu perkara yang mengejutkan andai ada diantara mereka yang menemui kegagalan kerana cinta, memilih jalan untuk membunuh diri. Malah perangkaan yang dikeluarkan oleh WHO mendapati, kejadian membunuh diri adalah antara penyebab utama kematian yang dicatatkan di seluruh dunia.
Inilah yang berlaku terhadap seorang lelaki di Osmaniye, Turki. Erdogan Ceren, 22 tahun telah membunuh dirinya setelah menggunakan servis siaran langsung menerusi applikasi Facebook (Facebook Live), 10 Oktober lepas.
Menurut laporan media tempatan, dia mengalami tekanan perasaan yang teruk setelah kecewa kerana teman wanita mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Dalam rakaman yang viral berkenaan, Erdogan memulakan siaran dengan membacakan puisi yang ditujukan khas kepada teman wanitanya.
"Tiada siapa percaya bila saya kata saya akan bunuh diri, jadi lihatlah sekarang," kata Erdogan sejurus selesai membaca puisi.
Video berdurasi 40 saat itu menunjukkan cubaan pertama Erdogan membunuh dirinya gagal setelah senjata yang digunakan Erdogan gagal berfungsi. Ini telah memaksanya memeriksa senjata berkenaan semula.
Pada percubaan kedua, video berkenaan merakamkan bunyi tembakan dan Erdogan terjatuh, sebelum siaran langsung tamat. Menurut laporan media tempatan, bunyi berkenaan telah mengejutkan kedua ibu bapanya dan terus menghantar Erdogan ke hospital. Semasa ditemui, dia masih lagi bernyawa sebelum menemui ajal ketika dirawat di hospital.
0 comments:
Post a Comment