My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 26 March 2018

    Mahathir Lebih Rela Hilang Negara Dari Hilang Hartanya




    Satu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad kerap kali melaungkan semangat cintakan negara melebihi segala-galanya. Beliau kerap kali mengingatkan rakyat di negara ini, walau sejauh mana kita melangkah, usah dilupa tanahair tercinta ini. Semangat cintakan negara inilah yang mampu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur.

    Itu kisah dahulu, hari ini lain pula skripnya. Sejak kembali aktif berpolitik sekitar tahun 2014, apa yang pernah dilaungkannya sudah hilang di bawa oleh kemaruk nafsu politiknya. Dia dilihat lebih senang bersekongkol dengan pihak luar terutamanya pemain media yang mudah dan boleh dibayar hanya semata-mata mahu menjatuhkan kerajaan.

    Malah, Mahathir tidak teragak-agak menggunakan apa sahaja agensi luar seperti Jabatan Keadilan Amerika hanya untuk mencampuri urusan negara dan membawa siri cerita rekaan dan fitnahnya. Timbul persoalan di sini, adakah sudah hilang jati diri Mahathir hanya semata-mata terlalu cintakan harta bendanya yang berada di luar negara sehingga sanggup melihat Malaysia hancur punah?

    Mengimbau semula titah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Johor, Paduka Sultan Ibrahim Iskandar ketika titah baginda mengenai Mahathir, baginda menyifatkan Mahathir seorang yang amat bahaya dan penuh perasaan dendam di dalam dirinya. Akibat dendam inilah yang memungkinkan seluruh negara akan merasai kemarakan api kemarahannya sehingga boleh mengakibatkan Malaysia hancur binasa.

    Inilah yang sedang Mahathir lakukan terhadap Malaysia. Dia sudah tidak memperdulikan kestabilan politik dan ekonomi negara. Apa yang dia mahukan hanyalah, segala kemahuan peribadinya dipenuhi tanpa ada sebarang syarat. Dia hanya mahu semua orang mengikut apa jua katanya dan langsung tidak boleh ditegur.

    Benar, kita sebenarnya kesihan melihat kemaruknya Mahathir dengan kuasa politik sehingga tidak lagi mengendahkan usianya yang mencecah angka 93 tahun. Pada usia sebegini sepatutnya Mahathir lebih mendekatkan diri dengan Sang Pencipta. Namun adalah amat sayang sekali, Mahathir lebih rela menjadi hamba nafsunya sendiri dari menjalankan tugasnya sebagai seorang manusia.

    Benarlah seperti kata ramai yang pernah mengaguminya. Mahathir yang dahulu sudah lama mati. Yang ada pada hari ini adalah jelmaan imej jahat Mahathir yang mengagungkan kuasa politik dari memikirkan kemana hala tujunya apabila beralih kke alam yang lain.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mahathir Lebih Rela Hilang Negara Dari Hilang Hartanya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top