Individu yang mempunyai gaji bersih RM1,000 berpeluang memiliki kediaman sendiri melalui skim yang diperkenalkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dan institusi kewangan.
Melalui skim berkenaan, SJKP akan menjadi penjamin untuk pembeli bagi pembiayaan sehingga 100 peratus harga belian bagi mereka yang mempunyai gaji bersih RM1,000.
Malah, golongan sasaran akan menikmati kelebihan seperti permohonan pinjaman perumahan berpusat di mana pembeli hanya perlu membayar deposit satu bulan yang mengurangkan kadar penolakan pinjaman rumah dari bank.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebanyak RM200 juta diperuntukan untuk skim jaminan perumahan SJKP. “Skim ini akan memberi keutamaan kepada pembeli rumah SPNB,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPNB, institusi kewangan dan SJKP di sini, semalam.
0 comments:
Post a Comment