Rakyat Pulau Pinang sudah muak. Mereka sudah tidak sabar lagi hendak melakukan angin perubahan di Pulau Pinang. Merubah kerajaan DAP yang berada di Komtar kepada kerajaan yang baru. Kerajaan DAP yang sedia ada sudah terbukti korup.
Rasuah berleluasa hingga tanah runtuh, banjir sampai lebih seratus kali, kilang haram membunuh penduduk, rasuah buat terowong berjuta juta, rasuah banglo dan rasuah jual tanah rakyat. Apa yang rakyat dapat? Tidak ada apa apa manfaat yang rakyat dapat.
Guan Eng sahaja dapat banglo berjuta, rakyat hanya dapat rumah mampu tengok sahaja. Semua orang sudah tidak percaya Guan Eng. Hanya tinggal mereka yang dibayar gaji puluhan ribu ringgit sebulan masih memuja Guan Eng iaitu Saifuddin Nasuiton, Ustaz Wan Ji dan Ustaz Mat Sabu. Bila tiada lagi orang hendak percaya pada Guan Eng, terpaksalah Guan Eng mencari sasaran baru.
Kanak kanak pula menjadi bahan kempen Guan Eng. Sampai begitu terdesak sekali Guan Eng hendak berkempen sebarkan kebencian kepada kerajaan Barisan Nasional. 17 Mac 2018, dalam satu video yang dimuat naik di akaun media sosial Facebook milik Guang Ming Daily, Guan Eng dilihat menari macam “beruk mat yeh” mengikut rentak lagu “ABCD” dalam filem Hindustan, Hum Saath Saath Hain tetapi ditukar jadi lagu GST.
Majlis itu adalah majlis untuk sekolah tadika di Penang Sunset Idaman 2, Jelutong, Pulau Pinang. Peserta yang hadir majoritinya adalah kanak-kanak. Seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh menari macam “beruk mat yeh” dan menunjukkan kelakuan tidak senonoh di hadapan kanak kanak. Video yang berdurasi 32 saat yang tular itu penuh dengan kempen kebencian.
Antara bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan termasuk ‘A B C D G S T, harga semakin tinggi, tak naik lagi gaji, mesti makan maggi mee, semua kena GST, bayar untuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Harga semakin tinggi?
Realitinya, harga rumah semakin tinggi di Pulau Pinang. Bil air naik empat kali di Pulau Pinang, tarif makin tinggi. Parking di Pulau Pinang tinggi, sampai ke waktu malam kerajaan DAP kutip duit parking. Tanah untuk orang Melayu semakin mengecil di Pulau Pinang.
Datuk Dr Muhammad Farid Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Fokus Pembangunan Usahawan dan Koperasi Bumiputera Pulau Pinang mendedahkan orang Melayu di Pulau Pinang hanya memiliki tanah kurang daripada 1.16% sahaja. Ketua Menteri DAP gadai habis tanah di Pulau Pinang dan kemudian terkinja kinja nyanyi lagu benci GST di hadapan kanak kanak.
Kanak kanak itu masih tidak faham apa apa tentang politik. Mereka pun bukan boleh mengundi mana mana parti lagi. Ada kanak kanak yang terus menangis bila terjumpa Guan Eng selepas itu. Lihat gambar ini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1705596796201936&id=1122306847864270.
Entah entah mereka bukan tahu pun yang menari macam “beruk mat yeh” itu adalah Ketua Menteri di Pulau Pinang. Namun Guan Eng mana peduli, asal dapat peluang sahaja semua bendak hendak dipolitikkan oleh DAP dan Guan Eng.
Tanah kena gadai, tanah Melayu berbaki hanya 1.16% dan gambar terbaru Guan Eng dengan Dato Seri yang menerima rasuah RM19 juta dalam kereta masih belum dijawabnya. Sudah boleh diagak apa jawapan Guan Eng iaitu “tidak tahu”. Kemudian siap tunjuk gambar pemimpin MCA untuk menutup cerita.
Harus diingat pemimpin MCA itu bergambar di tempat awam. Dia tiada kuasa melulus macam Guan Eng. Dia juga tidak bergambar dalam rumah dan dalam kereta macam Guan Eng. Kes rasuah terowong masih belum selesai.
Duit kajian terowong yang lesap sampai beratus juta masih belum dijawab Guan Eng. Untuk menutup semua cerita ini, Guan Eng menari lagu benci GST dengan gaya macam “beruk mat yeh” di tadika. Sungguh teruk sekali politik Guan Eng dan DAP.
Politik tahap murahan sama sekali. Hingga sanggup rosakkan otak dan minda budak budak dengan fitnah dan kebencian. Rakyat Pulau Pinang kena tolak Ketua Menteri murahan seperti ini.
Beruang Biru
Isnin
19 Mac 2018
0 comments:
Post a Comment