My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 March 2018

    TMJ Letak Jawatan Presiden FAM?



    Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengejutkan peminat sukan bola sepak tanah air malam tadi apabila memberi bayangan untuk meletakkan jawatan daripada menerajui badan itu selepas ranking bola sepak kebangsaan jatuh di tangga 178 dunia. 

    Tunku Ismail bertitah, ranking pasukan kebangsaan jatuh tiga anak tangga baru-baru ini dan ia merupakan satu kegagalan yang amat besar.

    “Oleh itu, saya rasa presiden FAM harus letak jawatan. Terima kasih untuk segala-galanya dan ia telah menjadi satu penghormatan untuk berkhidmat kepada bola sepak Malaysia. Selamat maju jaya. 

    “Kepada seluruh bangsa Johor yang saya sayangi dan juga kepada para penyokong Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di seluruh dunia serta isteri dan anak-anak saya... Daddy’s home!,” titah baginda yang dimuat naik di laman Facebook, Johor Southern Tigers malam tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: TMJ Letak Jawatan Presiden FAM? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top