Bagi penulis, ia disebabkan konsep 3v3 dan bukan 5v5 seperti pesaingnya yang lain. Bagaimanapun, itu semua berubah apabila SEMC memperkenalkan konsep lima lawan lima yang lebih unik dan fleksibel, sekali gus menunjukkan potensi e-sukan bagi permainan mudah alih ini.
Baru diperkenalkan sejak Februari, konsep 5 vs 5 ini meletakkan pemain di peta Sovereigns Rise yang lebih kompak dari segi reka bentuknya dan memfokuskan corak permainan lebih strategik. Selain itu, terdapat sungai yang mengalir dari laluan tengah.
Apa fungsinya? Pemain akan bergerak lebih laju seiring dengan arus. Ini membolehkan perubahan kedudukan lebih kerap terutamanya bagi pemain tengah yang memerlukan bantuan dari karakter pembantu. Kebanyakan MOBA memfokuskan kepada naga sebagai objektif terakhir. Vainglory tak mencipta pembaharuan di sini tapi menekankan kepada dua perkara.
Pertamanya, naga bernama Blackclaw yang mempunyai fungsi sama seperti Kraken. Blackclaw akan membantu pasukan anda untuk ‘push’ laluan tengah.
Ini membuatkan laluan tengah sebagai haluan utama bagi naga ini sementara anda memilih untuk strategi enam orang di tengah atau pun meletakkan tekanan di laluan atas dan bawah. Ghostwing (GW) pula lebih biasa dan hampir sama dengan Baron dalam permainan League of Legends.
Jika dibunuh, ia akan memberikan skuad anda penjanaan semula nyawa dan tenaga. ‘Buff’ ini sangat berguna dalam perlawanan. ‘Captain minion’ pula seperti biasa mengetuai raksasa kecil lain untuk mara ke hadapan tapi dalam peta baru ini, pastinya peranannya lebih penting.
Selain itu, Vainglory menambahkan ciri baru iaitu ‘buff’ yang diperoleh daripada raksasa di hutan. Bagi membezakan raksasa ini daripada MOBA lain, SEMC memberikan kelebihan sama rata kepada pengguna Crystal dan Weapon apabila mereka memperoleh kuasa ini.
Bagi membuatkan ia lebih kompetitif, pemain lain boleh mendapat ‘buff’ anda jika hero anda tewas dalam medan perang. Ia akan jatuh ke tanah dan menjadi milik sesiapa saja yang berjalan di atasnya.
0 comments:
Post a Comment