Kos projek sistem Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan tiga laluan dari Serian-Kota Samarahan-Kuching dijangka mencecah RM11 bilion.
Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, projek pembinaan tiga laluan utama sepanjang 154.2 kilometer itu akan bermula tahun depan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2024.
Menurut beliau, terdapat tiga laluan utama LRT itu iaitu dari Kota Samarahan ke Damai, Serian ke Senari dan sekitar pusat bandar raya Kuching. “Buat masa ini, kita memberi tumpuan terhadap tiga laluan utama tersebut sekali gus menambah baik kecekapan sistem pengangkutan awam sedia ada.
0 comments:
Post a Comment