My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 8 March 2018

    Bunuh: Polis Tahan Suami Wanita Warga China



    Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita warga China, yang kepalanya ditemui di tebing Sungai Batang Lupar, Jalan Skait, Sri Aman, kira-kira 280 kilometer dari sini, tiga hari lepas. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata lelaki berumur 42 tahun itu, yang juga suami wanita berkenaan, ditahan reman tujuh hari sejak semalam selepas keterangan yang diberikannya mengenai kehilangan isterinya didapati meragukan.

    Beliau berkata dalam keterangannya, peniaga tempatan yang mempunyai dua anak itu, berkata isterinya telah hilang beberapa hari tetapi dia tidak membuat laporan polis atas alasan tertentu.

    "Kes ini diklasifikasi sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Usaha sedang dijalankan untuk mengumpul keterangan dan mengenal pasti identiti suspek yang terlibat. Semalam bedah siasat telah dijalankan ke atas kepala berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

    Dev berkata, pemeriksaan awal yang dijalankan oleh doktor di Hospital Sri Aman mendapati wanita yang berumur antara 20 dan 30 tahun itu meninggal dunia dalam tempoh 24 jam, dan kes pada mulanya disiasat sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

    Beliau berkata pada hari berikutnya seorang lelaki warga China mengecam wanita itu sebagai anaknya yang berumur 31 tahun berkahwin dengan seorang peniaga tempatan pada 2011 dan menetap di Sri Aman.

    Pada 3 Mac, penduduk Sri Aman digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala manusia di tebingan sungai Batang Lupar, Sri Aman, dan pemeriksaan oleh pasukan polis di tempat kejadian mengesahkan bahawa objek tersebut adalah kepala seorang wanita.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bunuh: Polis Tahan Suami Wanita Warga China Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top