My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 26 March 2018

    Pelumba TSG Ukir Sejarah Negara



    PASUKAN benua tempatan, Terengganu Cycling Team (TSG) mengukir sejarah negara apabila muncul sebagai pasukan pertama tempatan yang menawan jersi kuning selaku juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) menerusi pelumba importnya, Artem Overchkin sebaik saingan peringkat ter­akhir LTdL 2018 tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam. 

    Meskipun hanya disahkan menyertai LTdL seminggu sebelum membuka tirai, pelumba berusia 32 tahun itu tetap konsisten pada setiap peringkat perlumbaan sehingga berjaya mencatatkan masa terpantas 32 jam 6 minit 45 saat (s).

    Bagaimanapun, harapan pelumba dari Rusia itu untuk mengekalkan status raja bukit (jersi merah polka dot) tidak kesampaian apabila dipintas Alvaro Raul Duarte dari Forca Amskins Racing (FAR) pada saat-saat akhir. Namun Artem yang ditemui menjelaskan, ia adalah kemenangan paling manis buat dirinya serta skuad TSG.

    “Saya hanya melakukan yang terbaik walaupun berdepan tekanan daripada pelumba-pelumba lain. Saya hanya perlu pastikan saya berada dalam kelompok hadapan untuk kekal sebagai penyandang jersi kuning. Ia adalah sejarah buat saya dan TSG. Kemenangan ini pen­ting untuk TSG kerana ia merangsang moral kami untuk terus mencatatkan sejarah pada LTdL kali ini,” katanya.

    Sebagai rekod, kemenangan itu merupakan jersi kuning pertama yang diraih oleh pelumba benua negara sejak LTdL dianjurkan pada 1996. Perlumbaan peringkat kelapan dari Rembau, Ne­geri Sembilan sejauh 141.1 kilometer (km) itu me­nyaksikan ‘Mr. Langkawi’, Andrea Guardini (Bar­diani CSF) kembali bangkit mengungguli podium.

    Dia yang tenggelam pada enam peringkat perlumbaan sebelum ini dinobatkan sebagai juara apabila menamatkan sai­ngan di kedudukan pertama dengan catatan 3:10.25s dan diberi bonus 15 mata untuk merampas jersi hijau daripada Riccardo Minali (Astana Pro Team).

    Pelumba berpengalaman besar pada saingan Giro d’Italia, Manuel Belletti (Androni Giocattoli-Sidermec) meraih podium kedua manakala Luca Pacioni (Wilier Triestina-Selle Italia) merangkul tempat ketiga.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelumba TSG Ukir Sejarah Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top