My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 16 March 2018

    Penduduk Cyberjaya, Putrajaya Kajang Dan Bangi Sambut Baik Cadangan Pembinaan Tram




    Minggu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Azharuddin Mat Sah mendedahkan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) sedang dalam perancangan untuk membina sistem perkhidmatan awam tram moden di sekitar Cyberjaya, Putrajaya, Kajang dan Bangi susulan daripada kajian kebolehlaksanaan yang dilakukan sebelum ini.

    Malah, beliau juga turut mendedahkan,kerajaan telah memberi kebenaran untuk membuka permohonan cadangan (RFP) bagi membentangkan projek dan model tram yang bersesuaian kepada kerajaan.

    Menurut beliau lagi, rangkaian perkhidmatan tram yang meliputi sehingga 53 kilometer itu juga mempunyai akses kepada perkhidmatan transit aliran massa (MRT) Sungai Buloh-Kajang, MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

    Melihat kepada cadangan ini, pada satu kesempatan, penulis berpeluang menebual secara rawak penduduk di sekitar  Cyberjaya, Putrajaya, Kajang dan Bangi berhubung cadangan pembinaan tram moden ini. Ketika ditemui, rata-rata penduduk di keempat-empat kawasan ini menyambut baik cadangan yang dibuat oleh pihak SPAD ini.

    Daniel Zulkifli, 45 tahun, menyifatkan cadangan ini sebagai amat baik kerana ianya sekaligus dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam di keempat-empat kawasan ini. Pendapat yang sama turut dikongsi oleh Rosita Yusuf, 38 tahun, yang menzahirkan keyakinan, keempat-empat kawasan ini akan dapat pembangunan yang cukup pesat sekiranya rancangan pembinaan ini menjadi realiti.

    Bagi Wilson Ng, 30 tahun pula, cadangan pembinaan tram ini dilihat amat bersesuaian dengan keadaan semasa infrastruktur negara terutamanya dikawasan yang menjadi pusat pentadbiran negara. Katanya, dengan adanya sistem tram moden ini nanti, ianya akan dapat menambah efisyen pengangkutan awam yang menghubungkan Putrajaya dan Cyberjaya dengan kawasan sekeliling.

    Nampaknya, apa yang disampaikan oleh Encik Mohd Azharuddin Mat Sah berhubung cadangan pembinaan tram ini, cukup mendapat sambutan orang ramai. Mungkin semasa pembinaannya, keadaan trafik semasa akan menjadi sedikit sesak namun untuk jangka masa panjang, ianya mampu memangkinkan lagi pembangunan di sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Bangi dan Kajang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penduduk Cyberjaya, Putrajaya Kajang Dan Bangi Sambut Baik Cadangan Pembinaan Tram Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top