My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 19 March 2018

    'Pok Ya Cong Codei' OKU Dibogel, Dibuli



    BIADAB. Itu perkataan boleh digambarkan mengenai tindakan sekumpulan remaja memalukan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dikenali sebagai 'Pok Ya Cong Codei' dengan membuka seluarnya. Tidak cukup dengan itu, kumpulan berkenaan turut menaburkan pasir pada kemaluan lelaki yang mengalami masalah lembam itu, selain tangannya turut diikat ke belakang. 

    Mangsa dikatakan dimalukan kumpulan berkenaan di kawasan Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, 4 pagi semalam dan kejadian memalukan itu dikatakan dirakam sebelum video berdurasi tujuh saat menjadi tular di Facebook sejak malam tadi.

    Ketika kejadian, kumpulan berkenaan turut mempersendakan 'Pok Ya Cong Codei' sambil dikatakan cuba membakar punggungnya dengan mancis dan video itu mendapat kecaman daripada netizen. Susulan kejadian itu, mangsa, 'Pok Ya Cong Codei', 47, hadir membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu 3.30 pagi tadi.

    Difahamkan, sebelum ini, 'Pok Ya Cong Codei' sering menghiburkan pengunjung Pantai Batu Buruk sebagai seorang pemuzik jalanan dan kebiasaannya orang ramai akan memberi upah RM2.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian. Katanya, mangsa mendakwa didatangi sekumpulan remaja termasuk lelaki dan perempuan melakukan khianat kepadanya. 

    "Mangsa mendakwa mereka membuka seluarnya, mengikat tangan di belakang dan membakar punggung dengan mancis, selain menabur debu di kemaluannya. "Malah, mangsa mendakwa kejadian itu dirakam dan disebarkan di laman sosial sehingga dia malu," katanya.

    Idris berkata, pihaknya turut menahan dua remaja perempuan berusia 17 tahun dari Hulu Terengganu bagi membantu siasatan. Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya bagi mengetahui motif kumpulan remaja terbabit berbuat demikian kepada mangsa.

    "Kita turut merampas semua telefon bimbit bagi mencari individu yang merakam video itu dan individu lain yang terbabit dalam kejadian berkenaan. Selain itu, kita turut membuat permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membuat pengesahan video yang ditularkan," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 'Pok Ya Cong Codei' OKU Dibogel, Dibuli Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top