Bekas Penolong Pengarah Perundangan dan Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Asisten Komisioner, Ng Ah Lek dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuching yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Ah Lek mengambil alih jawatan yang disandang oleh Senior Asisten Komisioner, Abang Ahmad Abang Julai yang naik pangkat ke Bahagian Pentadbiran, Dasar Sumber Manusia di Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas itu telah disaksikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Datuk Zamani Hamdan. Upacara serah terima tugas tersebut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di sini hari ini.
Sementara itu, ketika berucap Ah Lek yakin peralihan kepimpinan IPD Kuching akan terus meningkatkan tahap keyakinan masyarakat di daerah berkenaan terhadap komitmen pasukan polis dalam memerangi jenayah.
"Saya akui polis bukan sahaja perlu menangani jenayah yang semakin mencabar, tetapi turut berdepan dengan masyarakat yang semakin celik undang-undang serta tahu tentang hak dan peranan mereka. Oleh itu, kita tidak boleh bertindak secara sambil lewa sebaliknya bijak menangani apa jua situasi," katanya.
0 comments:
Post a Comment