Seorang bapa yang didakwa merogol anaknya sejak berusia 15 tahun ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Languban, Merapok di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek berusia 47 tahun itu ditahan selepas anaknya yang kini berusia 25 tahun tampil membuat laporan polis berhubung kejadian pada hari sama.
Menurut beliau, mangsa mendakwa telah menjadi mangsa nafsu buas bapanya sejak dia berusia 15 tahun lagi. "Kali terakhir suspek melakukan perbuatan terkutuk itu kira-kira pukul 10 pagi pada 1 Februari lalu di sebuah pondok di kebun getah milik keluarganya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengulas lanjut, Abang Zainal memberitahu, suspek ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol. "Polis akan memohon perintah tahanan reman terhadap suspek di mahkamah di sini hari ini," katanya lagi.
0 comments:
Post a Comment