My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 13 March 2018

    Kenapa Wajah Beliau Diketepikan?



    Jika sesiapa berkunjung ke Cameron Highlands kebelakangan ini, pasti kita akan terperasan dengan poster politik gergasi yang dipasang hampir setiap lokasi strategik yang mudah di pandang oleh orang ramai. Ianya menyerlahkan bahawa Pilihan Raya Umum ke 14 kian menghampiri dan dua pemimpin setempat utama kini sedang dalam rangka kempen masing-masing.

    Sebelum ini, kain poster gergasi milik Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas mudah kita lihat di beberapa lokasi strategik di sini. Namun, sejak kebelakangan ini, penyelaras kerusi Parlimen P078 Cameron Highlands dari MIC, Datuk C Sivarraajh juga boleh kita lihat.

    Menariknya, jika kita perhatikan poster-poster gergasi ini, hanya gambar pemimpin komponen Bahagian Cameron Highlands sahaja yang terpampang di alam poster milik Sivarraajh. Langsung tidak kelihatan wajah Tan Sri M Kayveas di dalam semua poster miliknya.

    Timbul persoalan, adakah Sivarraajh tidak memperakui bahawa MyPPP adalah salah sebuah parti komponen di dalam Barisan Nasional? Adakah beliau merasakan bahawa Presiden MyPPP berkenaan tidak layak berada di dalam poster miliknya kerana menganggap beliau sebagai lawannya di kerusi ini?

    Benar, hari ini kita melihat persaingan sihat antara Sivarraajh dan Tan Sri M Kayveas untuk diangkat sebagai calon dari Barisan Nasional bagi kerusi ini. Namun begitu, perebutan ini bukan bermakna, mana-mana pihak boleh menolak parti lain sebagai bukan salah sebuah parti komponen BN.

    Seandainya pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional membuat keputusan memilih Tan Sri M Kayveas sebagai calon, adakah Sivarraajh dan MIC memilih untuk memulaukan beliau? Adakah beliau merasakan, jawatan Ketua Pemuda MIC dan Penyelaras Parlimen Cameron Highlands serta calon hangat MIC bagi kerusi ii menjadi tiket untuknya menidakkan hak seorang lagi Presiden salah sebuah parti komponen BN?

    Andai ini yang beliau fikirkan, tidak mustahil sekiranya beliau mungkin akan meminggirkan mana-mana pesaing dan musuh politiknya seandainya beliau terpilih dan sekaligus menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi ini. Nyata sekali ini bukanlah satu budaya yang sihat yang menjadi amalan BN sejak sekian lama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kenapa Wajah Beliau Diketepikan? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top