My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 15 March 2018

    Kucing Hilang Ditelan Sawa



    Kemusykilan seorang wanita apabila kucing peliharaannya tidak muncul seperti kebiasaan untuk makan terjawab apabila haiwan kesayangan itu ditelan ular sawa di pekarangan rumahnya di Taman Siang Siang, di sini, petang kelmarin.

    Dalam kejadian pada jam 2.30 petang, pemilik kucing berusia 40 tahun itu cuba mencari kucing peliharaan di sekitar rumahnya sebelum dia ternampak sesuatu bergerak di celah pokok bunga di luar rumah.

    Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri Kapten Hazle Shah Abd Hamid berkata, wanita terbabit cuba memeriksa dan mendapati seekor ular sawa sepanjang hampir tiga meter di celah pokok itu.

    Menurutnya, beberapa anggota APM Miri bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada wanita terbabit pada jam 2.38 petang berhubung kejadian itu. “Ular berkenaan dikatakan baru saja menelan seekor kucing peliharaan milik wanita terbabit.

    “Ular berkenaan berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas tidak lama kemudian dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri sebelum dilepaskan semula ke dalam hutan,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kucing Hilang Ditelan Sawa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top