My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 March 2018

    Pangku Bayi Jawab Peperiksaan



    Petani wanita, Jahantab Ahmadi menjadi topik perbualan di media sosial selepas gambarnya memangku bayi ketika menduduki peperiksaan untuk kemasukan ke universiti, tular baru-baru ini. 

    Gambar Jahantab, 25 yang juga ibu kepada tiga anak itu dirakam seorang profesor di universiti swasta, Nasir Khusraw di tengah Afghanistan. Tindakan Jahantab mengejutkan kerana negara itu majoriti wanitanya adalah buta huruf dan dilayan sebagai warga kelas kedua.

    Wanita terbabit lulus peperiksaan itu selepas berjalan kaki selama dua jam merentasi kawasan pergunungan dan baki sembilan jam lagi menaiki pengangkutan awam untuk sampai ke ibu kota wilayah Nili.

    “Saya bercita-cita masuk universiti tetapi akibat kemiskinan, saya tidak mampu untuk meneruskannya di peringkat lebih awal,” katanya.

    Dia menerima bantuan menerusi kempen GoFundMe, yang dilancarkan Persatuan Belia Afghanistan untuk membiayai yuran pengajiannya di universiti. Setakat ini, GoFundMe berjaya mengutip sejumlah AS$14,000 (RM54,655).
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pangku Bayi Jawab Peperiksaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top