My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 March 2018

    Dibelasah Kerana Bawa Bekal



    Gara-gara cemburu memerhati gelagat isteri yang kerap membawa bekal ke pejabat, seorang lelaki menampar, menumbuk dan memukul wanita itu yang disyaki menjalinkan hubungan dengan lelaki lain dalam kejadian pada Jumaat lalu. 

    Semasa kejadian pada pukul 11.40 pagi, wanita berusia 41 tahun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Putatan dekat sini dengan menaiki kereta dipandu suaminya yang berusia 37 tahun. Difahamkan, semasa berada di dalam kereta, pasangan suami isteri itu bertengkar sebelum suspek bertindak membelasah isterinya bertalu-talu.

    Pertengkaran pasangan itu berlanjutan sehingga sampai ke rumah dan di rumah suspek turut merosakkan barang-barang di kediamannya di Apartmen Pasir Putih. Mang­sa juga tidak berhenti dipukul oleh suspek yang berang kerana mengesyaki isterinya curang.

    Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintenden Mohd. Haris Ibrahim (gambar) berkata, punca suspek mengesyaki isterinya curang selepas wanita itu membawa bekal makanan dari rumah ke pejabat yang disyaki untuk diberikan kepada lelaki lain.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dibelasah Kerana Bawa Bekal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top