Perbuatan seorang suri rumah memuat naik kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di laman sosial Facebook miliknya pada April tahun lalu membawa padah apabila dia dihukum penjara lapan bulan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shamsiah Samsudin, 44, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menerusi laman Facebook miliknya yang menggunakan nama, Tengku Cik Puan Shamsiah secara sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Perbuatan itu dilakukannya di Pejabat Sentosa Jaya, Jalan Padang Bungor, Jalan Pengkalan Chepa di sini pada pukul 2.11 petang, 26 April tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment