My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 13 March 2018

    Berita Warga Emas Ditikam Selepas Ambil BR1M Tidak Benar



    Polis Semporna menafikan berita bahawa seorang warga emas ditikam dan dirompak selepas mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah bank di sini dan suspek pula ditembak mati pengawal keselamatan bank berkenaan. 

    Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata, siasatan polis mendapati berita yang tular menerusi aplikasi WhatsApp itu mengaitkan kejadian seorang lelaki berusia 20-an yang ditemui dalam keadaan pergelangan tangannya dikelar di hadapan bank berkenaan hari ini.

    “Kejadian berlaku jam 11 pagi tadi dan orang awam yang nampak seorang lelaki terbaring di pekarangan bank tersebut telah memanggil anggota polis trafik yang kebetulan meronda di kawasan itu untuk membantu,” katanya ketika dihubungi.

    Menurutnya, lelaki tersebut dipercayai kurang siuman bertindak mengelar tangannya sendiri menggunakan senjata tajam di hadapan bank tersebut. Lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menularkan maklumat palsu sehingga menggugat keharmonian awam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berita Warga Emas Ditikam Selepas Ambil BR1M Tidak Benar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top