Seorang budak perempuan berusia 12 tahun mati dibakar hidup-hidup selepas dirogol tiga rakan sekolahnya, lapor media tempatan.
Dalam kejadian di Nagaon, Assam, kelmarin, gadis terbabit mati akibat melecur teruk selepas disimbah minyak tanah serta dibakar selepas mereka merempuh masuk rumahnya dan merogolnya.
Polis sempat merekodkan keterangan mangsa sebelum meninggal dunia, lapor NDTV. Hindustan Times memetik jurucakap polis Shankar Raimedhi berkata, dua remaja lelaki sudah ditahan manakala suspek ketiga yang juga tinggal sekampung dengan mangsa sudah melarikan diri. “Kami memburunya tetapi setakat ini dia meloloskan diri,” katanya.
0 comments:
Post a Comment