Di kala ini, ramai yang sedang berkira-kira untuk melihat, siapa yang bakal dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini. Pastinya ramai yang berteka teki dan cuba meneka samada calon yang disebut-sebut bakal diletakkan sebagai calon untuk Barisan Nasional atau pun tidak dan apakah mereka akan kekal menyokong calon yang bukan pilihan mereka.
Dalam hal ini, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu ucapannya semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Serbaguna Brinchang, Ahad lepas menegaskan, MCA akan menyokong sesiapa jua yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti dari semua parti komponen yang ada di dalam Barisan Nasional.
Ujar beliau, paling utama buat MCA dan semua parti komponen BN adalah cuba mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Ini penting kerana kesenambungan pembangunan yang sedang dan akan dirangka, dapat terus di bangunkan demi kebajikan rakyat dan pembangunan negara.
Apa yang penting katanya, sokongan kaum Cina harus kembali kepada Barisan Nasional terutamanya MCA bagi memastikan segala permasalahan kaum Cina di negara ini dapat di bawa keperingkat atasan dan seterusnya pembangunan dan kabajikan rakyat dapat disalurkan dengan lebih bermakna.
Pada masa yang sama, beliau mengajak kaum Cina untuk merenung semula apa yang dilakukan oleh DAP sepanjang mereka menjadi Ahli Parlimen atau DUN yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.
Katanya, sebaik sahaja memenangi sesebuah kerusi, mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN dari DAP dan pembangkang, akan lesap menghilangkan diri. Kita hanya dapat melihat mereka di kaca televisyen atau di muka surat akhbar tetapi permasalahan rakyat langsung mereka tidak peduli dan hanya tahu mengejar kuasa semata-mata.
Justeru katanya, untuk mengembalikan kekuatan BN, sokongan berterusan dari rakyat amat diperlukan. Beliau percaya, calon yang bakal dipilih oleh kepimpinan tertinggi BN kelak akan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak akan sesekali mengikut jejak mana-mana calon pembangkang yang hanya tahu menabur janji tapi tidak pernah cuba ditepati.
0 comments:
Post a Comment