Pada tarikh 8 Mac 2014, negara mencatatkan satu peristiwa yang amat pedih untuk di terima oleh sesiapa sahaja. Penerbangan MH370 dari KLIA menuju ke Beijing, hilang dari radar sekitar jam 1.20 pagi dan sejak dari hari itulah, langsung tiada perkhabaran, kemanakah hilangnya pesawat yang membawa 239 orang penumpang dan anak kapal berkenaan.
Sudah banyak ekspedisi menjejak laluan kapal terbang malang berkenaan malah boleh dikatakan, hampir keseluruhan Lautan Hindi yang terkenal sebagai The Sea of Devil akibat keganasan ombaknya, telah diharungi. Malah, jutaan atau mungkin berbilion wang telah dibelanjakan termasuk membawa masuk teknologi terkini digunakan namun hasilnya tetap mengecewakan.
Tahun ini sudah memasuki tahun keempat kehilangan peswat berkenaan dan pada tahun ini merupakan laporan keempat ICAO Malaysia mengenai perkembangan pencarian MH370 berkenaan. Laporan berkenaan dikeluarkan petang ini yang dijangka akan dilakukan Datuk Kok Soo Chon, Ketua Penyiasat MH370 di saluran RTM dan turut akan dimuat naik kelaman web rasmi MH370 di www.mh370.gov.my.
Antara lain, dalam laporan berkenaan akan mendedahkan perkembangan terkini pencarian pesawat berkenaan yang kini sedang dilakukan oleh sebuah kontraktor bebas, Seabed Constructor yang dilengkapi dengan teknologi paling canggih dalam usaha melakukan pencarian di dasar laut.
Menariknya, Seabed tidak akan menerima apa-apa bayaran selagi bangkai utama pesawat berkenaan tidak ditemui.Misi ini juga turut disertai 65 anak kapal termasuk dua pegawai dari TLDM yang mewakili kerajaan Malaysia.
Sehingga kini, kapal berkenaan telah berjaya berlayar dan mengesan kawasan meliputi kawasan carian melebihi 16 ribu kilometer persegi daripada keseluruhan 25 ribu kilometer persegi yang disasarkan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, waris dan keluarga mangsa pesawat berkenaan akan diberitahu terlebih dahulu sebelum pengumuman rasmi laporan interim berkenaan dibaca dan dikemukakan.
Menurut beliau lagi, kenyataan interim berkenaan mewakili 19 wakil yang dilantik dari 7 pertubuhan siasatan kemalangan udara antarabangsa dari Australia, China, Perancis, Indonesia, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama, tegas Datuk Seri Liow lagi, Malaysia kekal komited mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat malang berkenaan. Malah, tarikh 8 Mac akan akan sentiasa kekal dalam ingatan ahli keluarga, waris dan seluruh rakyat Malaysia. Tarikh ini juga akan tersemat sebagai hari paling menyedihkan buat seluruh negara.
0 comments:
Post a Comment