Ekspedisi secara solo seorang pendaki warga United Kingdom (UK) berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas tergelincir ke denai yang curam sehingga kepalanya cedera parah kerana terhentak pada batu di puncak Gunung Mulu di sini kelmarin.
Semasa kejadian pada pukul 10.30 pagi, Nigel Devan, 71, dalam perjalanan menuruni puncak Gunung Mulu bersama sekumpulan pendaki lain. Bagaimanapun, selepas bergerak kira-kira 300 meter dari puncak gunung itu, Nigel terjatuh ke denai yang berketinggian tiga meter.
Penolong Penguasa Bomba Miri, Law Poh Kiong berkata, pasukan bomba hanya menerima maklumat mengenai kemalangan melibatkan Nigel pada pukul 7 malam pada hari kejadian sebelum pasukan penyelamat tiba ke lokasi pada pukul 8.30 malam. Kelewatan maklumat itu dikatakan berpunca daripada tiada isyarat liputan telekomunikasi di gunung tersebut.
0 comments:
Post a Comment