Sejak tahun 2014, Pakatan Harapan dilihat cukup aktif menyerang kerajaan dengan menggunakan pelbagai isu terutamanya sekali 1MDB. Ada sahaja yang mereka cuba kaitkan dengan kerajaan terutamanya sekali Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam isu ini walhal ianya telahpun dijawab sepenuhnya oleh pelbagai agensi yang terlibat menyiasat semua aduan dan dakwaan pembangkang.
Tiga tahun telah berlalu dan hari ini, majoriti rakyat sudah boleh menerima kesemua jawapan dan bukti yang telah ditunjukkan oleh pelbagai agensi ini. Pada satu ketika, ianya kelihatan seperti sudah reda namun, pembangkang jelas tidak berpuas hati dengan keadaan yang boleh dainggap sebagai aman ini.
Terbaru, sebuah kapal layar mewah dikatakan milik Ahli Perniagaan yang menguruskan perniagaan antara 1MDB dan PetroSaudi, Jho Low telah di tahan di Bali. Penahanan ini kononnya atas arahan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendakwa, pembelian kapal layar mewah ini menggunakan wang yang dimanipulasikan dari 1MDB dan ada hubung kait dengan kerajaan Malaysia.
Seminggu lebih kes ini berlangsung dan terbaru, pihak berkuasa Indonesia yang menjalankan siasatan keatas kapal ini mendedahkan bahawa kapal ini langsung tidak ada kena mengena dengan Jho Low. Malah, tidak terdapat walau satu bukti pun yang mengaitkan pembelian kapal ini dengan wang dari 1MDB seperti yang dijaja oleh DoJ Amerika Syarikat mahupun pembangkang di negara ini.
Sekali lagi, pembangkang cuba mengheret semula 1MDB kedalam kancah politik kotor ciptaan mereka. Mereka sedaya upaya untuk menghidupkan semula kes 1MDB yang telahpun diselesaikan hanya kerana mereka sendiri kekeringan isu dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan.
Memang cukup menghairankan apabila kes membabitkan 1MDB ini sebenarnya hanyalah salah dalam membuat keputusan di peringkat pengarah-pengarah urusan seperti yang dijelaskan di dalam laporan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). Malah, Peguam Negara sendiri telah mengesahkan, tidak ada isu atau salah laku yang membolehkan pihaknya mengambil sebarang tindakan.
Lihat permainan keji pembangkang ini. Minggu ini, kes 1MDB cuba diketengahkan semula dan sekiranya mereka gagal, mereka akan menggunakan isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan lagi sebagai peluru mereka untuk menyerang kerajaan.
Menariknya, sekiranya ada isu melibatkan mana-mana pemimpin tertinggi mereka seperti kes salah laku terowong dasar laut di Pulau Pinang, kehilangan wang forex dan pelbagai lagi isu besar, mereka memilih untuk mendiamkan diri dan mengelak dari memberikan apa-apa ulasan. Jelas sekali, mereka sebenarnya ketandusan isu dan tidak mempunyai hala tuju untuk menyerang kerajaan.
*Artikel ini diterbitkan pada 7 Mac 2018
0 comments:
Post a Comment