My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 15 March 2018

    Memang Niat Mahathir Mahu Hancurkan Ketuanan Melayu


    Satu ketika dahulu, sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, antara agenda utama yang diperjuangkan olehnya adalah memartabatkan kedudukan agama Islam sesuai dengan Perlembagaan Negara selain daripada menjaga hak ketuanan Melayu dari sebarang ancaman terutamanya dari DAP.

    Selama 22 tahun, rakyat akur dengan perjuangannya dan semua peringkat lapisan masyarakat terutamanya kaum Melayu yang beragama Islam, begitu menyokong penuh apa yang dilakukan oleh Mahathir pada ketika itu. Bagi kaum Melayu, tanah yang dipijak ini adalah hak milik mereka sesuai dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sebelum ditukar kepada Malaya dan hari ini kita kenali sebagai Malaysia.

    Sewaktu dia meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, antara pesanannya adalah menjaga hak Ketuanan Melayu kepada penggantinya. Pesanan ini sama seperti pesanan yang ditinggalkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussien Onn kepada pengganti mereka dan kepada seluruh kaum Melayu.

    Namun, tiada siapa menyangka, Mahathir sendiri yang melanggar pesanannya sendiri. Bermula dengan dendam kesumat politiknya terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sehingga tergamak cuba memecah belahkan kesepakatan kaum Melayu di dalam UMNO, hari ini, dia sendiri menjadi ejen percuma DAP untuk memecah belahkan perpaduan Melayu di negara ini.

    Pelbagai perkara di lakukan Mahathir sejak dia membawa PPBM kedalam Pakatan Harapan. Dia sering kali cuba mengganggu kesepakatan kaum Melayu sehinggakan dia tergamak berkonfrontasi dengan pihak Istana Selangor dan Johor, sesuatu perkara yang sama sekali tidak berani dilakukan oleh PKR, PAN mahupun DAP.

    Dia langsung tidak memperdulikan kemarahan orang Melayu terutamanya etnik Bugis yang begitu terkesan dengan penghinaannya. Malah, dia langsung tidak peduli kemarahan orang Melayu apabila dia sendiri menjilat ludahnya sendiri dengan menjalinkan kerjasama baik dengan DAP.

    Kini, dia secara terang-terangan mengiktiraf DAP sebagai modul pejuangan Malaysia tulen dengan sanggup menggadaikan maruah dirinya untuk bertanding atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke 14 seandainya PPBM di haramkan penubuhannya oleh RoS.

    Hari ini, kita sudah kehilangan seorang bekas Perdana Menteri yang berdiri di pentas-pentas politik yang melaungkan hak Ketuanan Melayu dan kesepakatan Melayu wajib di jaga. Apa yang tinggal kini hanyalah seorang lelaki tua yang sanggup menggadaikan maruah dirinya hanya semata-mata mahu memenuhi nafsu politik walaupun dia sanggup merosakkan kaumnya sendiri.

    * Artikel ini diterbitkan pada 15 Mac 2018 
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Memang Niat Mahathir Mahu Hancurkan Ketuanan Melayu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top