My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 26 March 2018

    Siti Nurhaliza kongsi wajah puteri sulung



    Penantian jutaan peminat pe­nyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nur­haliza Tarudin, 39, untuk melihat wajah comel puteri sulung figura seni itu akhirnya termakbul hari ini apabila penyanyi tersebut dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memperkenalkan anak mereka kepada khalayak ramai. 

    Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Siti Nurhaliza menunaikan permintaan para peminat dengan memuat naik satu video eksklusif menayangkan wajah anak perempuannya itu berserta dengan lagu Comel Pipi Merah yang turut dicipta khas buat si kecil berkenaan.

    "Bismillahirrohmanirrohim dan Assalamualaikum, Saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

    "Hari ini merupakan hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini. Inilah penyejuk hati, anugerah ilahi, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami. InshaAllah, pada malam ini, suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi akaun youtube Siti Official Video bermula jam 9 malam.

    Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini. . Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga Allah merahmati kita semua.," kata Siti Nurhaliza dalam catatan Instagramnya semalam.

    Pada 19 Mac lalu, Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota sekitar pukul 8.17 pagi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Siti Nurhaliza kongsi wajah puteri sulung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top