My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 27 March 2018

    Gaduh Depan Balai Polis



    POLIS menahan enam lelaki yang disyaki bergaduh di depan Balai Polis Batu 10 di Padawan, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, mereka yang berumur antara 20 hingga 27 tahun ditahan di beberapa lokasi di Padawan, malam tadi. 

    Mereka dipercayai daripada dua kumpulan yang kecoh ketika datang ke Balai Polis Batu 10 untuk membuat laporan berhubung kejadian merosakkan kereta di pasar raya di Batu 10, malam Ahad lalu. 

    Dev berkata, sebelum kekecohan di depan balai itu pada 8.30 malam Ahad lalu, seorang daripada suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lagi pemandu yang tidak memberi laluan kepadanya. Suspek pertama itu kemudian mengekori pemandu kereta terbabit hingga ke pasar raya itu sebelum dia dipercayai memecahkan cermin kereta lelaki terbabit.

    “Selepas tercetus pertengkaran dan pergaduhan, dua lelaki itu bersama beberapa rakan mereka kemudian pergi ke Balai Polis Batu 10 untuk membuat laporan. Bagaimanapun, setibanya di depan balai, dua kumpulan itu masih tidak berpuas hati dan terus bergaduh,” katanya.

    Katanya lagi, kejadian itu menjadi viral di laman sosial sehingga banyak komen negatif mengenai kegagalan polis untuk meredakan kekecohan yang tercetus di depan balai.

    “Siasatan dalaman juga sedang dijalankan (terhadap anggota bertugas) berhubung perkara itu dan polis belum dapat mengulas lanjut ini sehingga siasatan dalaman selesai,” katanya.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 427 kanun yang sama kerana perbuatan khianat “Semua enam suspek akan dibawa ke Mahkamah Kuching hari ini untuk permohonan reman,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Gaduh Depan Balai Polis Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top