My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 26 March 2018

    Skandal Tanah Sudah, Jangan Lupa Skandal Terowong Pula



    Hari ini, Lim Guan Eng masuk ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk menghadapi deretan tuduhan salah guna kuasa pemilikan hartanah di lot banglo miliknya di Jalan Pinhorn dan skandal pengubah suaian nama hak milik tanah Taman Manggis.

    Sebenarnya, sudah lama rakyat di seluruh negara membicarakan tentang dua skandal yang telah dibongkar oleh Datuk Shabuddin Yahya ini. Kesemua rakyat Malaysia ingin mengetahui, bagaimana Lim Guan Eng cuba menafikan sebarang penglibatannya terhadap dua kes berkenaan. Adakah dia mahu menafikan begitu sahaja atau cuba mengada-adakan bukti baru bagi membela nasibnya.

    Namun begitu, disaat seluruh perhatian tertumpu terhadap dua kes hartanah yang sedang dia hadapi di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, usah dilupa tentang skandal terowong "halimunan" dasar laut yang turut melibatkan dirinya.

    Pelbagai pendedahan telah di buat oleh banyak pihak termasuk pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong tentang bagaimana Lim Guan Eng cuba menipu seluruh rakyat negeri Pulau Pinang dan rakyat Malaysia amnya tentang dana negeri yang dibelanjakan sewenang-wenangnya oleh Guan Eng.

    Isu ini bukan satu perkara remeh kerana jumlah yang dibelanjakan Guan Eng mencecah lebih daripada RM 300 juta yang mana wang berkenaan adalah wang kerajaan negeri yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan negeri Pulau Pinang.

    Mungkin sudah tiba masanya, pihak seperti SPRM mempercepatkan siasatan mereka terhadap skandal mega ini. Ini kerana, adalah sesuatu yang amat penting, rakyat mengetahui, kemanakah wang kerajaan negeri di belanjakan. Sudahlah terowong pun tidak ada, mana mungkin wang kerajaan negeri juga lesap begitu sahaja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Skandal Tanah Sudah, Jangan Lupa Skandal Terowong Pula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top